Seperti Hilang.

By Aisyah Rahim at Friday, December 25, 2009 1 suka menconteng =)
Baru je. Tak lama. Baru je. Ok? Tiba-tiba handphone saya buat hal yang sama macam dulu. Screen dia tiba-tiba macam tak nak menyala sampai sekarang. Sedih. Handphone tu adalah yang kesayangan sebab adalah pemberian seseorang.

Dah mengadu dan dipujuk. Baru ok sikit. A bit la if ok pun. Yang rosak tu Nokia N76. Ingat nak tukar yang baru. No slide And no flip. Nak yang Nokia, simple dan ada camera. Siapa yang ada cadangan? Camera kalau boleh nak yang oklah. 2 megapixel kira ok jugaklah. Nak yang boleh guna memory card. Kawan-kawan blogger kalau ada suggestion, bolehla bagi ye. Sangat sedih sekarang.

Saya harap satu dari kawan saya juga jangan sedih-sedih. Please jadi kuat. Please Please jangan buat benda yang boleh dianggap "bodoh". Maaf dengan perkataan itu. Tapi fikirlah demi DIA, family dan rakan-rakan.

Tadi dah dapat tahu siapa penyelia untuk final year project saya. Tadi tak sempat nak jumpa dia sebab ada presentation LI (Latihan Industri). Okay je presentation. Berbekalkan keyakinan yang ada. Alhamdulillah dah settle. Thanks pada semua yang mendoakan saya. Sayang semua. Hug dari saya untuk semua.

Rindu juga pada dia yang telah menambat hati saya. Terima kasih. =)

Berdebar Semacam. =(

By Aisyah Rahim at Wednesday, December 23, 2009 6 suka menconteng =)
Besok saya ada presentation LI (Latihan Industri) aka praktikal. Saya kan lewat present. So now I am preparing my slide for tomorrow. Pray for me ya my blogger friends.

Thank You for your supporting.

=)

Me my self wish Good Luck for me my self. =p

Terima Kasih.

By Aisyah Rahim at Wednesday, December 23, 2009 3 suka menconteng =)
Alhamdulillah Follower saya dah cukup 10. Itu kira satu peningkatan bagi saya sebagai seorang blogger.

Terima Kasih semua kerana memberi sokongan kepada saya. Alhamdulillah.

Sekian. =)

Ini Tentang Hati.

By Aisyah Rahim at Tuesday, December 22, 2009 4 suka menconteng =)
Ermm.. Dengar tajuk cerita memang macam entah apa-apa kan? So, siapa yang tak nak baca sila close window anda sekarang.

Entry ni bukan pasal apa. Cuma nak betulkan keadaan dan salah sangka yang selalu orang tujukan pada saya. Ye saya mengaku saya ni tidak sesempurna mana. So, saya nak minta maaf awal-awal kalau ada buat salah dan silap pada sesiapa. Entry ini tidak ditujukan khas pada sesiapa. Cuma sekadar entry kosong saja. Hihi.

Saya sebenarnya tak suka kalau ada orang yang suka berprasangka pada orang lain.

Contoh 1: kalau kita tak cakap dengan seseorang tu sebab ada hal lain takkan terus nak kata pada orang tu terus nak kata kita tak ada mood kan? Apa salahnya tanya dulu kenapa tak cakap dengan dia? Entah-entah ada hal ke. Kan? Tengah berangan ke mengelamun ke. Apa-apa jelah sampai terlupa ada orang cakap dengan kita. Kan kan? Jangan nak main tuduh je. Bila dah selalu kena tuduh rasa bengang juga.Padahal kita sedikit pun tak ada prasangka nak tak ada mood dengan orang di sekeliling kita. Takkan setiap masa nak tak ada mood kan? Tapi perempuan ada masa-masanya je dia bad mood. So, please lah jangan salah sangka lagi. Please la. Okay?

Contoh 2: Masa YM. Kalau tak balas dikatanya bad mood jugak. Kenapa? Kenapa ye? Kenapa lagi? Tak fikir ke kita sedang buat apa. Ada orang datang ke, buat keja ke, apa-apa lah. Ye, saya mengaku saya pun kadang-kadang pernah berprasangka pada orang. Jadi jomlah kita buang perasaan buruk dan prasangka yang tidak elok itu. Katakan tak nak pada prasangka. Ehehe.

Contoh 3: Bila kita bergurau ada pula yang kata kita serius. Ini lagi tensyen kan? Sampai kononnya nak happy then last2 tak happy langsung. Salah siapa? Saya ke? Haha. Entahlah.

Ada banyak lagi. Tapi takkan nak cerita semua kan? Nanti entry ni jadi entry paling panjang di dunia pulak. Hehe.

Tapi, saya selalu prasangka pada orang. Itu ini. Rasa macam nak ubah perangai. Yelah, Kita dalam hidup ni perlukan kawan, rakan dan sahabat. Kalau tak ada mereka-mereka ini, siapalah kita kan? Jom hargai semua yang ada di sekeliling kita.

Ni termasuk luahan ye. Hari ni penat sangat sebab beli barang yang sangat banyak. Penat gila. Dahlah barang tak angkut lagi semua ke kolej. Bila pula nak selesaikan yang ini? Adoi pening.

Sekian

Tiba-tiba.. Dengan serta merta dan secara tiba-tiba lagi..Huish...

By Aisyah Rahim at Monday, December 21, 2009 3 suka menconteng =)
Salam semua. Wah nampaknya dah lama saya tak update pulak. Rindu rasanya dengan blog kesayangan saya ni. Eceh. Hehe.

Sebenarnya... Sebenarnya kan... Saya rindu masakan mama saya. alaupun mihun gorengnya. Sangat menambat hati saya. Rasanya tak boleh lupa setiap masakannya. Hehe. Sedap.

Errmmm.. hari ni saya dah sampai di UKM. Dah dapat bilik baru. Tapi nantilah saya cerita dengan lebih lanjut. Sekarang tak ada masa sangat nak cerita. Hehe. Panjang ceritanya.  Tapi nanti saya ceritakan okay. Tapi kalau saya lupa, ingatkan ye.

Mengantuknya. Jam dah pukul 12.30 pagi. Esok tak ada kelas lgi. Maybe outing to find something for my new room.

Adoi kelas dah nak start. Presentation LI (Latihan Industri) hari Khamis. Must prepare a bit. Pray for me yea reders. Thank You.


Ni mihun goreng masakan mama.

Entry Khas

By Aisyah Rahim at Friday, December 18, 2009 1 suka menconteng =)
Selamat menyambut Maal Hijrah 1431.


May Allah Bless Us.

Teringat zaman dolu-dolu

By Aisyah Rahim at Friday, December 11, 2009 2 suka menconteng =)
Kadang-kadang bila fikir nak jadi kecil seronok kan? Heeee... Dulu saya sangat nakal. Suka buli adik-adik dan macam-macam lagilah perangai saya yang kadang-kadang buat saya benci dengan perangai dan tingkahlaku saya. Tak behave langsung.

Tapi biasalah budak-budak. Apa orang tua cakap pun bukannya nak dengar. Semuanya yang dibuat kira betul je bagi kita. Kan? Saya respect lah bila ada budak-budak yang memang tak nakal. Tapi ada ke? Kalau ada, sila angkat kaki eh salah sila angkat tangan. Hehe. Sila tak payah berbuat apa-apa bagi yang memang nakal. Hehe.

Bila zaman remaja pula lain ceritanya. Kan? Maisng-masing lagi fikir semuanya betul apa yang dibuat. Sampaikan kedang-kadang bila menyesal dah tak berguna lagi. Betul tak? Tapi semua manusia pun melalui zaman dan fasa tersebut. Siapa yang tak tu memanglah Pelik Bin Ajaib. Kan?

Masa kita kecil-kecil dulu mesti ada ramai kawan kan? Hehe. Tiba-tiba saya teringat satu cerita. Masa tu sekolah rendah tapi tak ingat darjah berapa. Masa tu juga saya masih di rumah lama. Rumah teres. Biasalah kawasan perumhan. Mestlah rapat dengan jiran tetangga  kan? Dulu masa saya tinggal dekat rumah lama, ada abang dengan adik ni berebutkan saya. Hehe. Tengoklah kecil-kecil dah ada orang berebutkan. Siap diorang sampai bergaduh dekat lorong rumah saya. Saya tak tahu pun, tapi aidik yang ceritakan. Sampai salah seorangnya, tak ingatlah abang ke adik ke dah rosakkan kereta lumba salah seorang daripada mereka. Nama mereka saya still tak ingat lagi Tapi kedua-duanya mula dengan huruf W. Haha. Masa ni kelakar. Ada banyak lagi cerita. Tapi masa tu saya macam tersuka dekat abang dia je. Tapi itu semua cerita lama. Masa kecil. Saya pun tak tahu kat mana lagi diorang sebab masa darjah 5 family kitorang berpindah kat rumah sekarang ni. Tapi kalau korang semua nak tahu, cinta saya pada yang satu iaitu yang sekarang ni saja.
Ececeh jiwang pula. Biarlah bukan selalu.

Saya ingat lagi, saya juga pernah bergaduh dengan kawan masa kecil. Kawan perempuan. Panjang cerita dia. Dan sampai sekarang saya tak tahu kenapa dia nak cari gaduh dengan saya. Siap bertulis surat bagai. Sumpah kelakar. Sampai sekarang bila berjumpa, kitorang tak pernah tegur. Kawan tu adalah anak kawan ayah saya. Sekarang dia dah pindah ke Perak. Jarang pergi rumah dia dah.

Lepas sekolah pergi matrik. Dekat matrik kenal dengan kawan-kawan. Kenal juga dengan si dia. hehe. Kat sinilah segalanya buat saya jadi matang. Ouh matang sangat ke? Tak adalah sangat. Hehe. Tapi zaman ni indah sangat. Saya rindukan segala-galanya. Si dia tu siapa? Nanti saya kenalkan pada kawan-kawan bloggers. Itupun kalau nak lah.  Dengan kawan-kawan matrik juga selalu jumpa sampai sekarang dan kitorang dah jadi macam family dah. Kitorang dah ada family tree. Nanti saya upload bila dah snap family tree tu. Kitorang letak dalam 1 kad yang sama dan ada banyak copy. Kad tu diberi kepada semua ahli keluarga kitorang. Ahli keluarga disini adalah kawan-kawan ni lah. Bukan ahli keluarga masing-masing. Faham ke? Kalau tak faham, sila tanya dan saya akan jawab soalan anda. Hehe.

Bila dah masuk universiti, saya kenal dengan banyak lagi kawan-kawan. Dan juga ada banyak pengalaman menarik. Masa awal-awal masuk U dulu, saya baik dengan 3 orang kawan tapi dah berpecah. Bukan berpecah apa, cuma kurang berjumpa sebabnya 2 yang laintu course lain dengan saya dan seorang lagi. Sekarang ada geng baru pula. Kalau buat kerja kumpulan kitorang mesti nak buat sama-sama. Macam tak suka verpecah. Hehe. Seronok kan bila difikirkan? Dari kecil kita dapat kenal pelbagai jenis kawan. Dan dari situ juga kta dapat kenal mana kawan, sahabat, rakan dan juga kekasih. Ala, sedihnya. Tak nak berpisah dengan kawan-kawan. Sayang semuanya. Sayang dia juga. Tak sangka dah dekat 6 tahun hubungan kita.

Okaylah. Sampai sini saja kot yang saya teringat. Nanti kalau ada apa-apa yang saya teringat lagi, saya ceritakan yea.

Boleh tak?

By Aisyah Rahim at Thursday, December 10, 2009 0 suka menconteng =)
Hari ni aku tak ada mood sangat-sangat. Moody gila.

Rasa tensyen je. Rasa sakit hati je.

Boleh tak?

Apa Pendapat Rakan-rakan?

By Aisyah Rahim at Wednesday, December 09, 2009 3 suka menconteng =)
Perlu ke saya letak chat box kat tepi sini?                     -->
Kalau tak perlu, saya tak nak letak.
Dan jika permintaan ramai, Insyaallah akan saya kotakan..
Jangan risau.

Masakan Mama

By Aisyah Rahim at Wednesday, December 09, 2009 0 suka menconteng =)
Hai

Dah rasa macam lama sangat tak update. Tiba-tiba hari ni terasa nak update. Bukan tak online langsung, cuma rasa nak rest sekejap. Hehe. Malas sebenarnya.

Okay biarin aja dong.

Jom cakap-cakap pasal cerita sebenar. Bukan cerita dongeng ye. Disebabkan tajuk entry ini adalah masakan mama, itu bermakna saya panggil mak saya mama. Bagi sesiapa yang panggil ibu, mak, mummy, ummi atau sebagianya sila tukarkan masakan mama kepada masakan _____ (yang korang panggil pada mak korang).

Oleh kerana kau sekarang tengah cuti yang agak panjang dan banyak menghabiskan masa di rumah. Aku selalu dapat merasai masakan mama yang enak-enak belaka. Walaupun hanya ikan siakap goreng dengan kuah kicap letak cili. Perghh! Sedap hingga menjilat jari dan pinggan. Haha. Teringat lagi masa kecil-kecil dulu kalau aku makan mesti sampai menjilat jari dan pinggan. Haha. Macam apa je. Tapi dah besar panjang dan bukan besar lebar ni aku dah tak menjilat pinggan. Cukup sekadar menjilat jari. Sunnah nabi kan menjilat jari tu.

Masakan mama sangat sedap sampai aku rasa tiada siapa dapat menandinginya. Eceh. Sebagai seorang anak kita harus membanggakna masakan mama. Kan? Aku sangat suka makan mihun goreng yang mama masak. Bukan apa, walaupun ia nampak simple tapi rasanya tak sama dengan orang lain masak. Aku rasa yang dekat kedai memang tak sama denagn mama masak. Itulah susah jadinya kalau belajar jauh-jauh. Betul tak? Tapi yang bestnya bila kita balik rumah sekali sekala, bila cakap nak makan itu ini mesti mama laksanakan. Hmm bangga. Hehe

Aku kalau makan mama masak mesti lebih dari 2 pinggan sekali makan. Kadang-kadang boleh menjangkau 5 kali untuk sekali makan. Sampai mengah aku dibuatnya. Tapi aku rasa mama puas tengok aku makan apa yang dia masak.

Jom makan masakan mama!


p/s: kalau jumpa makanan pun tak kira siapa yang masak, aku tetap makan. Haha

Hujan lebat

By Aisyah Rahim at Monday, December 07, 2009 6 suka menconteng =)
Hujan lebat di luar rumah. Taught that ingat nak blogging lama-lama. Saya kan baru permulaan untuk berblog menggunakan blog baru. This is my new blog.

Okay bila juhan tak berani nak on lappy lama-lama. Actually baru lepas mandi. Mandi sangat lewat. Biasalah hari cuti. Budak uni kan tengah holiday sekarang. Nak solat dan makan tengah hari. Yummy yummy!

Jumpa lagi!

Satu peringatan

By Aisyah Rahim at Sunday, December 06, 2009 2 suka menconteng =)
Hola.

Semalam saya tidur adalah agak lewat. Mula-mula plan nak tidur awal. Tapi tak tahu macammana saya terpack all my stuff yang nak di bawa balik KL again.

Saya balik KL on 15/12/2009 night. Mula-mula dah beli tiket bus 10/12/2009 but told my mom to change the date. Ok done that. Actually masa balik cutu hari tu, saya bawa balik banyak sangat barang sampai kena tinggal dengan Kakak tu. Sebenarnya saya yang minta ditinggalkan. Pardon me. If nak tahu lebih lanjut, click here.

Okay, mari sya ceritakan sedikit sebanyak tentang sya. Tak banyaklah, Okay, starting from 6/7/2009 until 20/11/2009, I must take the Practical course which mean almost 5 month like that. Practikal dekat Menara TM. During 5 moth practical, Ihave rent  a room at Flat Kg Kerinchi. So that dekat dengan Menara TM. Since dah tamat practicak thats why balik hari tu. Bawa balik banyak barang tujuannya tak nak bawa balik KL lagi. After thi, only one sem to go. I am studying at UKM Bangi. So, aktiviti pindah randah semua diuruskan sendiri cause my parents susah nak datang KL due on their busy. Sigh!

Okay tak nak cerita panjang sah.

After dah pack semua my stuff. Around 3++ a.m I go to my bed to have a sleep. Sekarang ni after dah 5 bulan practical asyik bangun awal, selalu je susah nak bangun lewat. Automatically around 6++a.m mesti terjaga. WTF lah.. Haha. Tapi bangu awal untuk solat lah. Maksud I bila dah bangun solat susah untuk sambung tidur. Kalau dulu bole je. Ni dah nak start study hope bole tidur bangun lewat. Tapi tak juga kalau dah kuliah awal pagi. Apa punya budak nak minta bangun lewat. Baguslah bangun awal kan. Mengucap mengucap. Tak ada kaitan.

Okay dag bangun pagi tu kemas-kemas rumah apa yang patut then tolong mama sikit-sikit kat dapur even tolong tengok itu adalah one type of tolong rite. Haha. Kidding!

Dah siap semua  saya makan untuk breakfast. Mihun goreng. Bihun ke mihun? Siapa tau? Ok lepas makan, start aktiviti blogging. Read blogs and read something interesting.

Aruond 1++P.m saya tertidur sampai pukul 4++ p.m macam tu. Lama sangat mungkin sebab tak cukup tidur kot.

Haaaa... Ini yang saya nak cerita sebenarnya. Mimpi yang menyebakan saya terjaga. Saya tak ingat sangat mimpi tu. Vut what I've remember is when we are in car, we must locked our car. Bukan masa tak ada dalam kereta je nak kunci pintu Kunci pintu kereta yang saya maksudkan ni adalah, contohnya masa kita nak beli gorang pisang tepi jalan atau stop whent traffic light is red. Kadang-kadang ada kereta yang auto lock tu tak apa, yang tak auto lock tu sila lock ok. Ingat!

Ini kerana, peragut-peragut sekarang dah makin maju. Boleh je diorang bukak pintu kereta kita cepat-cepat then rompak kita. Takut kan? So, be ware!

Satu lagi ada sesetengah kereta yang bila kita tak kunci pintu, secara autonya bonet pun tak kunci. Itu pun kena be ware! Mana tahu ada pearagut yang bijak akan pergi bukak bonet since dia tahu kita tak lock car.

Ini adalah satu peringatan sahaja. Untuk kita ambil iktibar daripada mimpi saya.

Orang kata tidur sebelum Zohor tak apa. Kan?

Jom sertai jalan-jalan

By Aisyah Rahim at Saturday, December 05, 2009 0 suka menconteng =)
Aku rasa hari ni macam nak jalan-jalan lah.. Hehe tapi bukan jalan-jalan kat luar or dalam rumah. Jalan-jalan yang aku maksudkan ni tengok-tengok blog orang. Heh. Menarik bukan? Mana tau dapat ILMU ke apa ke.
Jom ramai-ramai sempena weekend ni kita jalan!

Siapa yang nak aku singgah dan baca serta follow blog korang and link-link ke apa ke.
Just drop your link at the comment field.

Thank You.

aisyahrahim
xoxo

Deko Deko

By Aisyah Rahim at Friday, December 04, 2009 6 suka menconteng =)
Ouh peringatan. Ini bukan rancangan deko-deko yang dekat TV3 tu yea. Ini cerita aku mengenai gotong-royong mengemas rumah yang dah lama tak dikemas. Oh yeah!.Ohoho~

Pagi tadi aku bangun dalam pukul 10 lebih macam tu. Sebab hari ni dah dibagitahu awal-awal sebenarnya untuk kemas bilik aku. Bukan kemas apa actually nak exchange  almari dekat bilik adik aku ke bilik aku. Kerana almari di sana lebih muat untuk perempuan ok. Perempuan yang banyak songeh macam aku. Haha. Bukan tak nak beli almari baru, mama cakap tak lama lagi nak pindah ke Sungai Petani. Rumah dah lama siap tapi tak pindah-pindah sebab banyak masalah yang perlu diselesaikan misalnya pertukaran tempat kerja my parents. Ok dah tak nak lari tajuk (Haha tajuk pun tak ada kena mengena even adalah sikit kan).


Sumpah semak gila before kemaskini dijalankan.

Ok yang aku boleh jadi rajin ni sebab every Frday akan ada orang datang kemaskan rumah. Bukan pemalas okay cuma tak berkesempatan. Ececeh alasan. Okay abaikan. Penat oh pindah-pindahkan emua. Tapi apa yang penting KERJASAMA. Tak nyanyi okay.

Tengah kemas-kemas barang nak angkat apa yang patut, aku terjumpa ini.



Okay aku tahu ini tak ada apa pun bila pandang cuma ini membuatkan aku teringat sangat kerana ia adalah pemberian seseorang kepada aku. Ouh touching. Ingat juga dia padaku. Ececeh jiwang.

Dah penat lelah segala bagai, akhirnya DONE with flying colours. Haha tipu je. Ini bukan exam yang dapat result cemerlang. Ini dengan rasa sangat puas hati.


Ini belum siap semua baju nak gantung. Cuma puas hati nampak kemas.


Ini dia yang tak seberapa.

Finally siap!

Maybe akan ada sedikit perubahan di masa akan datang.

Apa nak jadi

By Aisyah Rahim at Thursday, December 03, 2009 4 suka menconteng =)
Wah title biar gempak!
Haha...
Saja nak cakap yang I malas nak update untuk seketika.

Sekian, terima kasih

Pernah tak you all impikan sesuatu?

By Aisyah Rahim at Monday, November 30, 2009 2 suka menconteng =)
Hari ni sangat tak tahu apa nak buat. Last night my family and I have watch 2012. For me, it was the third time to watch. Crazy rite. Layan~~

Okay this time I want to share about tips of hijab styles. This one Ive google okay.
.

For square shape


For round shape


For long shape

Below is the hijab style that is very nice to me


Style 1


Style 2


Style 3


Style 4


Style 5


Style 6


Style 7


Style 8


Style 9


Style 10


Style 11


Style 12


Style 13


Style 14


Style 15

New

By Aisyah Rahim at Sunday, November 29, 2009 1 suka menconteng =)
I want to try a new fashion

Selamat Hari Raya AidilAdha

By Aisyah Rahim at Sunday, November 29, 2009 2 suka menconteng =)
Ye okay tak payah cakap. Dah lambat untuk mengucapkan selamat hari raya. Tapi nak cakap dan tulis jugak. Hehe.

Di kesempatan ini, saya aisyah rahim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat muslimin dan muslimat terutama kepada keluarga tersayang, MFB tersayang, dan jugak rakan dan taulan yang dekat mahupun yang jauh secara langsung ataupun tak langsung. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan dan halalkan lah makan minum aku yerk.

Ok dah cerita pasal nak balik raya haji ni. Nak dengar?

Angkat tangan (even I ca'tn see you). Huhu.

Begini ceritanya.... Untuk balik ke rumah aku di Kedah di mana aku sekarang tinggal di KL untuk praktikal. Ok sambung, untuk balik ke rumah ku, aku dah macam berjanji lah untuk tumpang kereta seorang kakak ni. Barang2 aku agak banyak sampai aku tak suspect banyak macam tu. Seaparu atau lebih barang aku dah di tumpang kan di rumah sepupu aku yang agak dekat dengan rumah sewa aku. Dah kemas2 pulak barang aku tu, tengok2 agak banyak. Aku adalah taku sekali bila fikir nanti tak muat untuk disumbatkan ke dalam kereta kakak tu.

Ok, after aku dah siap2 untuk balik, aku turunkan barang aku yang dari aras 3 dengan flat yang tak ada lift ok di ulang tak ada lift. Di mana flat ini agak buruk lah tapi tak adalah buruk mana pun. Tapi untuk praktikal, aku hanya layaaaaaaaannnnn~ Hehe.

Lepas dah turunkan barang segala dan penat lelah belum abih, kakak tu dah sampai dan dia nampak semua barang aku yang agak banyak tu. Dia pun call aku sebab masa tu aku kat dalam rumah sebab nak angkat barang sikit. Kakak tu cakap kereta dia dah penuh.then cakap punya cakap aku suruh kakak tu balik dulu sebab tak dapat nak fikir apa nak buat sebab masa tu dah sedih sangat (infiniti) sambil mata dah bergelinangan dengan air mata. Dan tak ada mood sangat. Aku call sepupu dan kawan aku kot2 nak tumpankan barang sikit lagi tapi dia tak ada kat rumah and kawan aku pula busy. ok fine. Aku pun suruh kakak tu balik dulu. Dia tak sampai hati sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, dah barang aku banyak. Actually, aku dah habis menyewa kat rumah sewa tu.Thats why la aku tak nak letak barang dekat rumah. Lagipun ruah pangsa lama tu bakal dirobohkan tak lama lagi. Tapi tak tahu bila.

Ok after kakak tu dah balik, aku message dia, sepupu and kawan aku yang aku tak jadi balik. Aku call mama kata tak jadi balik. Seidh bai. Sebab aku dah berharap nak balik. Kau tahu aku meraung macam gila meroyan. Aku rasa 1 flat tu dengar. Sumpah malu! Haha. Annoying gila! Lepas tu sepupu aku terus call aku, dia cakap ok diorang pun memang nak balik Kedah. So, boleh tumpang. Tapi aku still menangis masa tu. Meraung macam orang gila laki. Dan kesudahannya aku balik dengan sepupu2 aku jugak malam tu.

Yang paling stress tu satu kampung tahu. Mama lah ni tak pandai simpan rahsia. Tu yang buat aku bengang. Sumpah itu semua buat aku rasa alu gila beb!

Now ni aku dekt Kedah. Tapi sebelum kitorang balik Kedah hari tu, We all singgah di rumah abang sepupu aku tu untuk ambil kucing2 dia. haha. Aku adalah tidur dengan kucing dalam kereta. Padahal takut gila kot dengan kucing. Tapi kucing tu dalam sangkar dan anak2 dia still kecik baru beranak. Haha.

Sampai rumah tok, kitorang tak tido sebab makan lah apa lah. Then sebelum balik rumah aku sendiri, ada cerita.

Nanti aku cerita. Ok dah balik rumah, aku pun tidur lama gila sebab masa tu 2 hai tak tido kot dalam kereta. Raya ke mana tapi still raya.

Res is merah rite?

By Aisyah Rahim at Wednesday, November 25, 2009 0 suka menconteng =)
Okat tajuk ni takde kena mengena dengan entry ni. Kuikui. Saja bosan pagi ni, so ingat nak update dari hari tu lagi. Cuma tak berkesempatan bila main dengan malas ni kan. Heh heh.

Hari isnin hari tu aku pergi hantar report for my industrial training. Sampai je UKM terus pergi jumpa supervisor I kan. Discuss sikit2 then dia tengok report. Hantar report segala then pergi bayar yuran. Settle yuran. alhamdulillah.

After dah settle semua dekat UKM, weols which mean aku, liza, mira and adik2 liza nak pergi jalan2 coz weols sangat bosan nak duduk rumah. Layaaaaannnn~

OK, ceritanya macam ni. Adik2 liza datang dari Temerloh untuk angkat barang dia untuk bawa balik sana since dah habis praktikal kan. Rumah sewa dia dekat Shah Alam. Dia balik hari Selasa so dia nak bawa adik2 dia jalan. Yang sorang nak pergi Masjid Jamek, yang sorang lagi nak pergi KLCC. So, aku, liza dengan mira pikir punya pikir then kitorang decide  pergi Masjid Jamek first then weols pun ke KLCC. Penat jugak okay. Berjalan satu hari. But okaylah. Seronok jugak even dah salu pergi KLCC and Masjid Jamek.


Abaikan baju tu sebab now nih in proses menjimatkan baju. Coz nak balik rumah hari ni.
Yay untuk saya!


Layan je muka bajet poyorrrrr


From left : Liza, aku & Mira

<
Bukti ni haaa aku ke KLCC (poyo macam tak biasa pergi!)
Tapi jarang nak bergambar di lura ni haaa

Okay after jalan2 dekat KLCC and snap2 picture weols balik and aku terus balik rumah. Tak ada apa2 yang menarik pun nak buat dekat sini. Kawan2 pun busy. Tak best!

When am bored

By Aisyah Rahim at Wednesday, November 25, 2009 0 suka menconteng =)
Ouh...
Am soooooooo0000 bored okay...
Waiting for tonight....
With a millions crazy excited....
Need my family, my boo rite now...
Just now I've packed my stuff....
Just want to say that I miss him and my home very very badly....
One sem to go.....
Think what to do during my hols!

The Experiences

By Aisyah Rahim at Saturday, November 21, 2009 0 suka menconteng =)
Haish dah lama not blogging lately ni. Hehe. So, sehari ni ada dua entry la. Hihi Layaaaaaaaannnn~

Ok!Selama aku menjalani praktikal di TM ni, aku berpengalaman jugalah untuk join meeting. Antara meeting yang aku pernah join division meeting, HSBB meeting and bla bla. Haaa... Aku pernah jugak join meeting HSBB dekat TM Net Cyberjaya. Dalam meeting tu aku just dengar je apa yang diorang discuss. Bosan jugak(jangan bagitahu orang ok). But meeting mana best kan?

Ni pics after meeting tu. Aku pergi 3 orang william, kak Yuzi and me.


Ni after meeting.


With Kak Yuzi


With Mei Liam, Nice chinese guy


TMNET Cyberjaya

After meeting Wei Liam ajak pergi lunch dengan his friend. We had our lunch at Cyberjaya area. But I forget the name of the restaurant. Ouh maybe Padi restaurant. Not bad lah the foods.

After that we heading to our office. hehe. Masuk lewat jugaklah. Sebab tak ada orang sangat kat opis hari tu. Huhu.

The End

aisyahrahim
xoxo

End of industrial training

By Aisyah Rahim at Saturday, November 21, 2009 0 suka menconteng =)
Like I've told you before this. Yesterday is my last day at Menara TM. Am at Menara TM because of my industrial training start from 1st of July 2009 till yesterday lah 20th Nov 2009. Am soooooo sad yesterday. Am so surprise yesterday because they've organize a farewell party for me.  I thought they were not organize it for me. Huhu. Actually, Thursday before yesterday, am not at office because am going to Hilton at KL Central to attend an Oracle seminar. So, I dont know about this party. If I am at office maybe I will guess on what they wanna do or what la kan?

Okay, below are my pics at Hilton during attend Oracle Seminar. jeng jeng jeng ~~

This is the second time me attend Oracle Seminar, before this Oracle Technology Summit at KLCC

Okay okay back to the story

After sampai di office aound 8am maybe lah. Not so sure haha. I saw they were prepare for the small farewell party. Touching okay. Sumpah!

Okay masa aku nak kena bagi sepatah dua kata tu. aku nangis weyh macam banjir. Belum pun sempat habis cakap sampai semua yang ada cakap okaylah dah tak payah cakap lagi. Sangat tak boleh nak cakap. Sedih sangat. Rasa like family dah. Sebab we all dah rapat sangat. Sayang nak tinggal tau.


Foods


The beginning...Find me!


Now you can find me aite? =p


My supervisor (Madam Tan Chuan Leng) give me a gift


Surprise!!!!The gift from ITAIC department.
Abaikan iron di sebelah. Doing!

Tak sangka okay. Semalam pun aku clear up semua barang di tempat duduk aku. Sedih dalam hati masa tu. Before balik aku ada beri coklat dekat semua and my supervisor. Tak seberapa lah. But ada sebagai penghargaan. Nangis.....

Bermulalah hidup aku as a student again.

The End

aisyahrahim
xoxo

Untitled by me

By Aisyah Rahim at Wednesday, November 18, 2009 0 suka menconteng =)
Aku rasa later ni aku nak change header and layout blog ni.
Suram sangat aku rasa.
And and and maybe need a bit improvement.
Wait yea!

Sad

By Aisyah Rahim at Monday, November 16, 2009 2 suka menconteng =)
Hari ni aku nak bagitahu yang aku tak pergi kerja. Bukan apa. Penat sangat. Yesterday just arrive from JB. So tired lah. Bukan tak bangun pagi tadi. Aku bangun. Serius. Sumpah tak tipu. Haha siap sumpah. Tapi badan ni malsh nak bangun tahu.

Ok. tadi aku terjumpa something yang buat aku jadi takut. Ouh mintaklah tak betul.

2012

By Aisyah Rahim at Friday, November 13, 2009 0 suka menconteng =)
Semalam aku terkejar-kejar dari opis ye bukan office. Haha. Ok office la fine! Pukul 5.15 petang aku kuar office naik lrt pergi klcc. Ingatkan pukul 5.30 tu aku sempat nak tengok movie 2012 ni la. Alih-alih bukan beralih arah ye. Alih-alih sold semua tiket untuk 5.30. Bengong betul sebab laju-laju je aku jalan. Then aku sampai dekat kaunter tu tengok sold pukul 5.30 and ada a few untuk pukul 7 malam. Aku apalagi, terus ambiklah tiket tu ye. Seat dia agak depan tapi memandangkan tak nak rugi aku datang klcc pergilah tengok. Masa beli tiket tu jam aku pukul 6(cepat 10 minit dari jam biasa). Haha. Aku pusinglah klcc tu sampai tak tau nak pergi mana lagi. Siap duduk-duduk lepak tengok orang. Serius macam orang bodoh. Tapi if ajak orang pun semalam hari yang tak sesuai la. Sebabnya semalam hari bekerja. Kan? Aku je yang tergedik-gedik nak tengok dan termasuklah orang lain yang pergi tengok tu.

Okay dah nak dekat pukul 7 aku pun terus queue up untuk masuk. Dah duduk semua aku pun layan cerita. Best woh! Sangat tak tersangka weyh orang putih pandai imagine ni semua(tak payah cakap lah kan) ni. Nampak real dowh. Aku tengok rasa sangat takut. Dalam cerita tu, permulaan semuanya adalah dari tahun 2009. Tahun ni ye kawan-kawan semua. Aku adalah sangat takut sekali membayangkan semua itu. Oh tidak. Aku tak kahwin lagi. Sedih disitu ye. Hikhik adalah sangat gatal untuk aku ni.

Ok.tapi pada masa tu dalam cerita tu lah maksud aku kan, rasa macam tak nak je jauh dari family aku dan orang yang aku sayang. Takut tak sempat minta maaf ke hapa kan. Aku rasa sangat nsaf sekejap(tak tahu berapa lama tapi aku harap selama-lamanya la). Amin~

Dalam cerita tu, diorang ada bina beberapa buah kapal besar untuk selamatkan diri mereka. Mula-mulanya nak masuk kapal tu perlu ada tiket la. Tapi last-last minit Dr apa tak ingat sangat tapi start denagn huruf H la. Aku ni short term memory orangnya. Ok, Dr H tu kata kita perlu bantu membantu antara satu sama lain kononya untu hidup di tempat yang baru, takkan nak mulakan dengan perasaan kejam kan means diorang dah biarkan rakyat diorang dan hanya pentingkan diri sendiri je untuk terus hidup ebelu mulakan hidup baru di tempat baru. Masa buka pintu gerbang of kapal tu dah dibuka untuk rakyat semua masuk, ada masalah teknikal plak yang amat mensedihkan hati bak kata Chika haha. Masa tua aku berdebar-debar sangat. Tapi alhamdulillah pintu tu dapat tertutup setelah adanya 'orang gila' sebenarnya tak gila ni yang berusaha cari tempat yang dia tahu adanya problem itu. Tapi if kau tengok baru tahu lah. Apalgi, pergilah tengok. Aku paksa kau kau dan kau semua. Eceh bajet bila paksa orang semua nak pergi tengoklah kan padahal memang semua pun nak tengok. Macam aku.

Lepas pintu gerbang tu dah tertutup, kapal besar tu terlanggar Gunung Everest sampai dah nak pecah dan sekali lagi kau akan berdebar. Banyak sangat berdebar. Huhu. Lepas tu ship tu reverse then finally diorang selamat. The end. Tapi masa tu aku tak tahu diorang ni dekat mana dah sebab lautnya tenang sekali.

Actually aku tak reti sangat nak cerita ni. Tapi sikit-sikit tu bolehla,

Apa kata kau semua pergi watch this movie.

Sekian

p/s: gambar mals nak cari.hihi

aisyahrahim
xoxo

Jalan makan lagi

By Aisyah Rahim at Tuesday, November 10, 2009 0 suka menconteng =)
Entry ni sepatutnya dah lama aku post tapi disebabkan kemalsan yang kian melanda untuk menghapdet blog ini, so hari nilah aku hapdet. Ok layaaaaannn~

Hari Sabtu malam Ahad aku dan familynya makan-makan dekat Day & Nigth Cirle Restaurant dekat Shah Alam Seksyen 10(Kalau tak salah aku la). If wrong, correct me please because I am not a person who live there. So dont really familiar with that area. Haha.

At this restaurant,there are so many foods there like porridge, masakan panas, sotong kangkung and many else. Sesiapa yang suka sotong kangkung macam aku bolehlah ke sana. Sebab now ni susah mau cari tempat yang jual sotong kangkung especially Malay made kan.

So aku war-war kan pergilah ke sana. Hehe. Tapi nak describe lebih-lebih tempat tu tak la eden ni reti kan. So pergilah sendiri.

Layan~

aisyahrahim

xoxo 

Sedar tak sedar

By Aisyah Rahim at Tuesday, November 10, 2009 0 suka menconteng =)
Ouh sedar tak sedar dah nak abis praktikal atau lebih dikenali sebagai LI. LI ni latihan industri ya murid-murid. Hehe. Jadi cikgu lah pulak. Padahal dulu bukan main tak nak jadi cikgu bila kena paksa dengan mama. Yelah dah mama cikgu kan. Taknaklah I jadi cikgu. Tapi ramai cousin-cousin aku yang dulunya bukan cikgu sekarang dah tukar jadi cikgu wa cakap lu. Aku ni seru tak sampai lagi. Tapi minat tu dah macam ada lah sikit kan. Huhuhu.

Eh dah menyimpang dah ni. Hah pejam celik pejam celik pejam lagi tak bangun-bangun dah(Merapulah tu). Tak payah layan dia. Ok pejam celik pejam celik dah bulan 11. lagi seminggu lebih je nak habis praktikal. Yayyyyy! Lompat si katak lompat. Lompatlah tinggi tinggi. Cepatlah habis cepat boleh kita senang hati. Ok bukan kita ye, aku sorang je. Hahaha.

Banyak yang aku belajar masa praktikal kat sini. Ouh ya tak bagitahu lagi kan praktikal kat mana. Aku praktikal kat Menara TM. Dari cara pergaulan dan bermacam bagai segala-galanya. Kat sini jugak aku rasa macam dah matang sikit lah. Hehe. Tak banyak. If banyak nanti nampak tua pulak. Tak nak tua. Nak sentiasa muda remaja. Haha.

Lepas ni ada satu semester lagi. Aku dah berazam nak buat yang tebaik untuk satu semester ni lagi. Nak bagi dapat first degree. Langsailah hutang PTPTN aku. Even aku dapat half je dari orang lain. If boleh taknaklah berhutang kan. Nanti berapa tahun kena bayar.

Last but not least, doakan aku berjaya untuk dapatkan degree.
Amin~

Oracle Technlogy Summit at KLCC

By Aisyah Rahim at Thursday, November 05, 2009 0 suka menconteng =)
Nampaknya 2 hari aku tak update blog ni. Dah bersawang rasanya. Huhu. Hari selasa baru2 ni aku dan opismate aku attend 1 seminar ni. Oracle. Korang tau tak apa tu oracle? Oracle tu database. Seminar yang ake pergi ni dia nak promotekan Oracle 11g iaitu version yang baru if tak salah aku.Haa... begitulah ceritanya.

Aku keluar rumah dalam pkul 7.30 ah sebab ramai orang naik lrt if pagi2. So takut lambatlah kan(Baik gila tak nak lambat). Haha. Then sampai kat sana tu around 8 pagi macam tu. Sakit perut pulak. Then aku dengan Niza terus pergi tempat seminar tu dekat Mandarin Oriental Hotel(MOH) bersebelahan KLCC jerk.

After register apa yang patut, refreshment coffee je and kuih2 sikit. Lepastu kitorang (aku & Niza) pergi toilet touch up apa2 yang patut.


Ni dalam toilet dekat MOH


ni toilet dekat convention centre kot (depan MOH)
time ni aku sakit perot gilarkkkk


Oracle Technology Summit


aku & niza masa dengar talk tuh
gila tak khusyuk kan


aku dengan niza after solat kat convention centre

Tengoklah gambar2 lepas seminar ni. Hehe. Tak larat nak cerita lebih2 sebab tak ada apa2 pun sangat.












Niza belanja me KFC coz dia teringin mkan Twister

Habis je makan KFC, weols pun terus balik rumah. Hujan lebat sesangat.

Haa...tahu tak lucky draw dia apa? Ipod Iphone and mini notebook. Gila ahh aku dok doa2 je bagi aku dapat. Tapi, redha je.. Balik dengan dapat gift semata2.

Kesilapan yang tak diundang

By Aisyah Rahim at Monday, November 02, 2009 0 suka menconteng =)
Firstly hari ni aisya tak ada mood lah. Sangat tak ada mood. Bad mood lah uols. Tak tahu nape.

But hari ni aisya telah mengguriskan hati dan perasaan seorang kawan aisya.Yang pastinya dia ialah girl dan pernah tinggal serumah dengan I. Tanpa disangka2 status YM aisya telah megguris hatinya.

Aisya minta maaf sangat2 jika ada melakukan kesilapan. Memang tak terniat langsung di hati ku ini.

Maafkan yea~

aiskrim dolu dolu

By Aisyah Rahim at Sunday, November 01, 2009 2 suka menconteng =)

korang pernah makn tak aiskrim ni masa kecik2 dolu? aku selalu weyh. balik sekolah, pergi sekolah (sekolah petanglah), balik mengaji semua mesti beli jugak aiskrim tu.

tapi tadi aku terjumpa terus beli ouh. sebab nakkan nostalgia dulu kembali. Huhu.
Rindu kan zaman kecik2 dulu.. Selalu muka ku tak bersalah pun bila buat salah masa kecik. Haha


 
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare