Diet diet diet makan

By Aisyah Rahim at Wednesday, October 28, 2009 0 suka menconteng =)
ouh sekarang ni aku dalam proses nak beli jus mate 5. aku nak sangat takde lemak dekat perut ni ha. lemak aku tak payah cakaplah. sangat banyak okay? sampai tak boleh lah nak pakai baju2 yang fit kan? owh sangat jeles ok if tengok orang2 perempuan lah bukan mak nyah pakai baju fit. mak nyah pakai pun lagi jeles. itupun mak nyah yang cantik2. haha.

aku baru je kira aku punya BMI. even dalam normal condition but still kena jaga la. tak bole lebih2.
nak kira BMI? ha click ni.(ha kira! nak kira sangat kan). kih kih kih.

untuk itu, niat aku adalah kawal pemakanan aku.

Untuk makluman anda lebih lanjut tentang Jus Mate 5, click ni.

ok itu saja untuk entry ni.

opss! if berminat nak beli Jus Mate 5, boleh contact aku.

ni email aku : aisyacute2110@gmail.com


Untitled by me

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 27, 2009 0 suka menconteng =)
Hello everybody..

Saja je sebab lama dah rasanya tak update kot.

Nak bagitau yang aku sihat2 saja..

Cuma selsema... Tapi still kat opis.. But dalam iklan kata "jika anda rasa anda selsema dan demam, rehat di rumah".. Ouh nak balik rasa..

Tapi apakan daya sebab tinggal tak sampai sebulan saja lagi untuk habis praktikal ku..

Hip hip hooray~


Berdua lebih baik kot

By Aisyah Rahim at Saturday, October 24, 2009 0 suka menconteng =)
Hari ni hari sabtu hari minggu. Semalam hari jumaat. Aku nak kongsi dengan korang semua apa aku buat semalam. Semalam lepas balik dari opis aku terus balik rumah. Tak singgah pasar malam pun. Haha catat sejarah. (Pasar malam hari Isnin & Jumaat dekat rumah sewa aku ni). Setiap kali ada je selalu singgah. Thats why lah. Huhu.

Okay lepas magrib semalam aku dengan kawan aku (tinggal 1 rumah) pi la 1 restoran dekat depan old town bangsar ni. Ala dekat je dengan rumah aku. Then weols duduk 1 tempat takde orang amik order. Bengan2 pindah tempat duduk dalam sikit. Tak datang2 jugak orang amik order. Then weols panggil la oarng nak amik order. Lama weols tunggu okay. Siap sempat makan otak2(kegemaran aku) dengan kerang bakar. Layaaaaan~ Pastu dah lama baru sampai apa yang weols order. Aku order nasi goreng tomyam dengan nescafe panas & jenab(kawan aku) order mihun (ke bihun goreng ek, ah lantaklah apa) dengan fresh oren. Okay lah masakan dia. Sedap jugak. Sampai kawan aku kata next time boleh datang lagi even service dia entah pape. Haha... Okay, korang datang okay?

Ni menu semalam:
Nasi goreng tomyam + mihun goreng +nescafe panas + fresh oren _ otak2(3) + kerang bakar = RM17.60
Okay tak? Boleh tahanlah kan untuk 2 orang makan.

Nak juga tunjuk kat uols apa yang aku order & makan semalam. Tadaaaaaaaaaa~


nampak tak nasi goreng tomyam aku tu?


ni ha jenab yang suka posing maut.. haha


ni aku yang tak tahu nak buat gaya apa

After that weols balik lah rumah tapi sebelum sampai rumah saja2 je lalu kat pasar malam yang dekat rumah aku. Tak tahu nak beli apa dowh. Tapi okaylah tak bazir duit. Hehe.

Haaa.. Untuk korang semua, if tahu kat mana2 tempat makan yang best silalah iklankan pada aku. Hih~

Haa.. amik ko 2 post untuk hari ni saja.

Okaylah tanak tulis dah. Penat tangan den.

Chow~

Rabu yang sepi

By Aisyah Rahim at Saturday, October 24, 2009 0 suka menconteng =)
Hari rabu hari tu aka besday aku la. Malam tu aku sangat sedih dan bosan gila2. Tak ada siapa pun yang macam free aku nak ajak makan. Apa lagi, siap2 makan dekat char koteaw dekat rumah aku. Layaaan~

Aku sekarang dah biasa makan sorang2, tengok wayang sorang2 dan macam2 lagilah yang aku buat sorang2. Tapi kita kena ada masa untuk kita sorang2 kan? Sometime we need to be alone. Rite?

Takde gambar pun yang banyak but ada sekeping je. Ala, char koteaw ni dekat kerinchi. Tahu tak?
Pernah pergi? Angkat tangan siapa yang pernah pergi.


yang dalam gambar tu bukan aku sebab yang tangkap gambar tu Aku. Hehe

Lawa tak?

By Aisyah Rahim at Thursday, October 22, 2009 0 suka menconteng =)
See the changes. haha

Even aku baru tau guna, nak jugak bangga boleh buat.

=]



Knowledge Sharing Session

By Aisyah Rahim at Wednesday, October 21, 2009 0 suka menconteng =)
Hari ni je ada KSS (seperti tajuk diatas,hihi malas tulis panjang). Dari pukul 9 sampai la pukul 12 lebih tengah hari macam tu. Terisilah masa yang lapang di opis(haha lapang tak boleh blah).

Sweet 22 LALINK

By Aisyah Rahim at Wednesday, October 21, 2009 0 suka menconteng =)

Happy birthday to ME...
Happy birthday to ME...
Happy birthday to aisya...
Happy birthday to ME...

Dah 22 tahun dah usia aku.. Matang sikit bole? Dah tua dah kerepot dah kau ni haa... Tak payah nak manja2 (Tapi itu aku lah ngok).. Jangan salu nangish2 okie? Chill & cool always darl.

And and and semalam hari aku enjoy sorang2 tau. Semalam aku rasa a bit sad & moody la. Tak tahu kenapa and why(fenin ayat aku ni ha). Lepas saja opis hour aku chow pergi KLCC tengok movie. Cerita PAPADOM. Tapi aku beli tiket lewat sikit la but still boleh masuk. Masa aku masuk panggung still iklan lagi so maknya aku tak terlepas sikit pun cerita tu. But, seriouslay movie ni sangat best. Aku syorkan(ke syiorkan ek, entahlah) korang2 ni semua pergi tengok. Harap2 tak terlepas. Tapi if da habis pun beli la VCD or DVD tengok kat rumah dengan your family. Okay?

Aku tengok dari awal sampai habis tak henti2 gelak. Kelakar dowh. Haha..

If nak tahu, pegi lah tengok. Malas nak cerita kat sini. =p

Sedih di dalam

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 20, 2009 0 suka menconteng =)
Sakit kepala sangat2..

Rasa sedih dalam hati even muka sentiasa senyum pada orang..

Pengajaran buat WANITA

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 20, 2009 0 suka menconteng =)

Hari ni aku telah mendapat satu pengajaran dan juga nasihat oleh seseorang yang lebih tua daripada aku. Dah tentu dia juga adalah seorang WANITA. Okay hari ini cerita kita tentang WANITA yea.

Ini bukan perbincangan atau apa. Cuma pandangan dan pendapat saja. Aku rasa WANITA perlu berdikari. Berdikari bukan bermakna perlu berseorangan saja setiap masa untuk menghadapi apa saja yang bakal datang. Tak... Jangan salah faham dengan maksud B.E.R.D.I.K.A.R.I. ini.

Okay, WANITA perlu berdikari dalam masa2 tertentu saja. Fikirlah masa mana yang sesuai. Jangan terlalu mengharapkan LELAKI. WANITA juga perlu memilih LELAKI yang elok dipandang, beragama(taklah semestinya kuat agama, sebaik2nya begitulah), jangan biar dia mengurusakan wang kita(itu yang penting).

WANITA juga perlu ada aset sendiri. Jangan biarkan kita ditindas oleh LELAKI (dengar ye murid2 sekalian, haha jadik cikgu la pulak).

Jadi, sebagai kesimpulannya(bagi karangan okay?) kita haruslah memilih LELAKI yang sesuai dan memahami serta melayani diri kita sebagai WANITA seadanya.

Perlu juga memahami erti C.I.N.T.A yang sebenar dan fahami maknanya tersirat.

Akhir sekali, terimalah lagu WANITA oleh SN -->

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
Satu yang ku mahu
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami
WANITA


p/s : I love you

Selasa lepas bercuti Isnin

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 20, 2009 0 suka menconteng =)
Arghhh pening fenin dengan title ni kan? Actually tak tau nak taruk title apa. But hentam sajalah labu. I letak je. Tajuk tak penting, but yang penting isi kan? Betul betul betul (bak kata upin & ipin). Apa yang aku melalut ni?


Okay kembali pada topik sebenar kita. Yeah. Pagi tadi aku sampai je opis terus ajak Kak Yuiz breakfast. Apa? Makan apa? Haaa... Nasi lemaklah. Dah lama tak makan. Semestinya nak rasa. Kan2? Dari hari tu mengidam nak makan.
haa.. terliuq dak? sedap kan?

Apa lagi, naik je opis level 32(opis aku level 32 okay?) terus pergi toilet. Melabur kat bursa saham la. Kih kih kih.

Haa.. Okaylah. Nak continue my work ni. Daaaa~

Sad Day Bad Day

By Aisyah Rahim at Monday, October 19, 2009 0 suka menconteng =)
Title je mesti aku sendiri pun dah tahu nak story pasal apa. Kan? Kan? (Starting dah macam bengong). Okay2, straight to the point.

Pukul 8 pagi aku bangun dari tido(hahah skema), siap2 and kemas2 apa yang patut. Then call abah tanya bila dia nak balik hantar aku gi stesen bus. Aku pesan beli nasi lemak untuk breakfast. Serius kelam kebot dowh. Yelah, bus pukul 9.15a.m. Nak text him pun tak sempat.

Okay, lepas abah balik kitorang 2 orang breakfast sama2 kat rumah. Sedih dowh breakfast 2 orang je. Mana yang lainnya? Haaa... Inilah bahananya jika balik rumah bila bukan cuti sekolah. Yang menyesalnya? Aku jugak! Kesal kesal kesal!

Dalam pukul 9 macam tu abah hantar aku kat stesen bus. Dia tinggal aku kat situ then dia blah. Macam selalu. Itu lagi sedih ah. Macam dibuang dari keluarga. Tapi takdelah, cuma perasaan aku yang jahat ni jerk.

Haaa...bila part dalam bus ni aku paling tak suka bila berjam2 dalam bus. Apalagi duduk seat paling last sekali bila hayunannya sangat menusuk kalbu hinggakan buat aku fenin2 nak muntah(ayat tak bole blah,haha.. Janji korang paham kan).baik tak aku? kih kih kih.
Pstu aku change seat coz taklah ramai angat dalam bus tu. Then okaylah, sampai aku tido tak hengat dunia untuk beberapa jam ke minit eh? Not so sure lah. Tapi aku rasa lama juga lah.

Bila dah bangun. Haaa... Segarlah mata aku. Bila bus to stop dekat hentian apa tak pasti. Aku turun beli jambu batu, keropok dan air teh kotak(tak ingat nama even dari kecik dok minum kan).

Mata dah segar bugar ko.



Masa ni aku tengah concern tentang macam mana nak masuk rumah sewa. Yelah, kan aku share kunci rumah dengan kawan aku a.k.a housemate aku sekarang. Tapi dia balik lewat hari ni. So, terpaksalah aku jalan2 tunggu siapa yang balik rumah tu untuk aku masuk la(paham tak?tak paham pun pahamkan lah yea). Aku jalan kat Masjid Jamek.


Aku just beli payung RM5 untuk elakkan basah if hujan sebab cuaca tak menentu sekarang. Tadi pun dah rintik2. Then Bani text aku kata dia tunggu kat LRT rumah aku. Selamat puuhhhh! Lepas tu balik rumah memang dah ada orang lah. Haiyok penat sajark jalan2.
Kan?

Akhirnya aku kat rumah la sekarang. Mau pigi semayang lah.

Bye~

Char Koteaw

By Aisyah Rahim at Monday, October 19, 2009 0 suka menconteng =)
Semalam dalam pukul 10 lebih macam tu kot. Tiba2 abah bersuara


Abah:Along, nak makan char koteaw dak?
Along:Nak nak! Hehe. Jom2
Abah:Sat tunggu sat abah semayang dulu.
Along:Okay~ =p
Buk:Abah, nak ikot..
Abah:Haa.. Siaplah.
Amir:Abah,nak jugak.
Abah:Haa..Cepatlah.


Then, keluarlah kitorang 4 orang pergi makan char koteaw. Dekat gerai je. Sebab dekat dengan rumah kitorang. HIkhik. Takpe2, janji perut terisi. Kan2?


Ni haa dalam kereta sambil tunggu abah kat Petronas.

akulah, siapa lagi


amir buat apa entah


haaa, time nilah tak nak pandang buk ni


aku lagi. hahaha(gelak Syaitan, Syaitan pun tak macam aku). Apa ni melalut ni?
Dah arr!


Aksi di gerai ketika menunggu untuk menikmati cahr koteaw. AAhaks~


aku yang lapaq


Buk yang dok berebut char koteaw dengan aku.. cisss!


Jumaat yang best

By Aisyah Rahim at Sunday, October 18, 2009 0 suka menconteng =)
Haaa... Sudah ku bilang di tempat praktikal aku sangat best & sporting. Sangatlah~ Bertuah aku tau? Hari Jumaat hari tu. Ada celebrate birthday supervisor aku, Madam Tan. Pagi tu aku datang awal la. Dalam pukul 8 pagi macam tu dah sampai(Hari2 pu macam tu kot). Ni boleh juga dikira Jamuan Hari Raya kat department ni sebab Jamuan Hari Raya tak sempat buat. Wa wa wa~

Ni ha makanan2 yang ada. Even tak banyak but okaylah untuk division kitorang and dah buat cukup meriah dah.
Inilah supervisor aku degna cakenya

Okay, proceed with my picture gediks2. Hehe.

aisya

Kak Bayah, aisya, Kak Yuzi & Aleya

aisya & Aleya

aleya kat tempat aku

ni pula william yang tengah bersiap pakai baju melayu
comel kan?

Haaaa~ tak ke sporting opis aku? Sporting kan sporting kan? Lepas bersiap2 tu ada pula Jamuan Hari Raya di Menara TM. Aku hanya lalu je sebab takut tak sempat naik bus. Bus balik Kedah la mek oiii! Hihi~

Yang jadi hos nya cuba tengok siapa ni. Tekalah! Malahs cek nak habaq aihhhh. Haha

Haaa... untuk gambaq ni sila fokuskan mata hampa noooo~ =p

Pastu Chow Balik Kedah~

Open house di Taman Melati

By Aisyah Rahim at Sunday, October 18, 2009 0 suka menconteng =)
Okay, open house lagi. Banyak sangat open house sejak aku praktikal ni. Best sangat! Makan makan makan makan dan makan lagi. Gila aku sangat gemok okay? Dah tensyen2 dah sebab gemok. Taknak gemok. Katakan taknak! haha. Merepek~

Haa... Nak dijadikan ceritanya aku dan Niza jumpa kak Yuzi di Menara TM. pagi okay? Again pagi pukul 10.30a.m. Then kitorang meneruskan perjalanan ke Taman Melati. After that, kitorang sampai di simpang yang ada ke highway Kuantan, Ampang dan ke Gombak. Kitorang salah jalan weyh. Kitorang pergi masuk jalan ke Kuantan. Sampai terowong baru Uturn. Gila ahh jauh. Kui kui. Mula2 tu cuak juga lah sebab lepas tu nak pergi Putrajaya ambil barang aku kat rumah sepupu aku. Sebelum sesat Aleya kata tunggu dia di Petronas yang ada before tiga2 jalan tu. Dia kata terus je sebab tu kitorang terus je masuk Kuantan. Konpius dowh jalan tu. Haha. Gila lawak ahh~
Bila dah Uturn semua, Aleya ambil kitorang dekat Petronas yang kitorang tunggu Aleya before sesat. Haha.. Then ikut Aleya sampai ke rumah dia. Dalam 12.30 jugaklah. Even sesat pun, kitorang still the first guess yang sampai okay. Kira tak memalukan lah. hehe.

Kitorang salam mak ayah dia n akak dia. Then terus bedal apa yang ada. Snap2 picture sket. Hehe~

Makanan yang ada, ada lagi kat tepi. tapi yang ni je sempat ambil sebab perut tak tahan. (Sengetkan kepala yea)


Aku & Kak Yuzi a.k.a driver(yang sesat,haha)

Aku, Niza & Aleya

Lepas tu sambung makan2 sampai pukul 2 lebih macam tu. Kak Yuzi hantar aku & Niza kat Stesen lrt Taman Melati. Aku turun kat KL central & Niza turun kat Masjid Jamek kot(tak ingat den).

Sampai Serdang, Pudin & his GF ambil aku kat stesen KTM lah. Then terus pergi Putrajaya. Sepupu aku belanja Dominos. Kenyang kitorang bertiga. Heh heh.

Thanks to Abg Adi & Kak Imah coz tumpang barang, Pudin & Liyana bawa aku ambil barang.
Okaylah. Cerita aku dah habis setakat ni.

Ada apa2 aku update yea~ Bye

Hari Khamis lepas kerja

By Aisyah Rahim at Sunday, October 18, 2009 0 suka menconteng =)
Okay, tengok title je mesti korang dah tahu kan entry ni pasal apa. Kan2?
Actually, hari Khamis atau 8/10/2009(even dah lama still nak post jgak, tak kira! Hehe), aku dengan kawan aku a.k.a housemata aku sekarang pergi MidV untuk jalan2. Kononnya nak penuhkan masa lapang sebab dia stress kerja yang memang dia tak ada. Hehe.. Pening ayat aku. Kui kui.

Kitorang habiskan masa dengan window shopping. From 1 to 1 la bak kata orang. Ambil2 gambar(Snap snap) hehe.

Meh aku tayangkan picture2 yang ada.
Tada~

aisya

Zainab

aisya & Zainab

Kitorang singgah solat Maghrib di surau MidV. Lepas tu chow balik rumah sewa. Okaylah terisi lah masa lapang kitorang. Sangat bosan okay di rumah.

aku

Zainab yang insaf

Okay lah, will post it later..
Daa~

Tentang aisya

By Aisyah Rahim at Sunday, October 18, 2009 0 suka menconteng =)
Perlu ke saya cerita details pasal diri saya? Hehe. Saya cerita sikit-sikit ajela ye.
Cukuplah sekadar tahu nama saya Aisyah Rahim.
Saya baru je habis belajar. Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian. Siapa-siapa yang nak ambil saya kerja silalah. Haha.

Saya ni suka sangat berangan sampai termimpi-mimpi apa yang diangankan sebelum tidur. Tak sukalah macam tu. Sebab bila apa yang diangankan tu takkan dapat.

Saya ni anak sulung. Saya suka nak kongsi apa-apa yang saya rasa dengan orang sampai saya rasa orang jemu nak dengar. So, thats whylah saya buat blog ni. Mungkin boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan saya.

So, enjoy!


Ahad yang bosan gila

By Aisyah Rahim at Sunday, October 18, 2009 0 suka menconteng =)
Semalam aku tidur tanpa disedari.(Macam mana tu?) Haha. Bangun2 je dah pukul 8.30 pagi. Dari semalam aku dah buat alarm untuk bangun buat report LI. Bagi siapa2 yang tak tahu Li tu apa. Li is Latihan Industri okay? Ada paham? LI tu praktikal lah. Hehe.
Tapi bila dah bangun2 tu, mengantuk tu menguasai diri aku yang serba lemah ni. heh heh.
Dengan segala kudrat yang ada, aku pun sambung tido lagu. Wakakaka. Apa bendo eh tido je keja ekau ni ha... Kikiki...
Last2 bangun tengah hari. Biasalah gadis bujang. Pastu aku text him yang aku dah bangun semua. Tak tahu nak buat apa. Kuang2..
Timbullah idea baru nak create blog ni ha... Ok fine asyik buat blog je kan! Okay kali ni azam baru biar berjalan dengan bagusya. Amin~ Okay semua clap your hand untuk aku. Clap3~
Thanks to all. =]
Alih2 tak buat pun report hehe.. Malam2 jap lagi lah. (Padahal dari semalam kot).
Ok lah. Nak buat benda lain lagi. Nak cantikkan blog baru ni.

Daa~

Say hai

By Aisyah Rahim at Sunday, October 18, 2009 0 suka menconteng =)

Hai everyone, this is my new blog since I've create a new blog.

Haha. (ayat tak boleh blah). Actually, this place untuk aisya story about her life and her activties.

Tak kiralah secara langsung atau tak langsung kan.
Okaylah. untuk anda semua, nantikan post2 yang akan datang.

Daaaa~

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare