I Hate This Part

By Aisyah Rahim at Thursday, January 28, 2010 3 suka menconteng =)
I hate this part of my life

I hate
I hate

Macam mana ye?

By Aisyah Rahim at Wednesday, January 27, 2010 4 suka menconteng =)
Hai semua.

Tujuan saya mengedate blog saya kali ini adalah untuk meminta pendapat dan pandangan kawan-kawan tentang sesuatu. Dah lama saya pendam. Eceh! Semua dah berdebar-debar ye nak tahu apa yang saya nak cakap ni? Haha.

Okay. Straight to the point la senang. Sebab nak rushing ni kan. Banyak benda nak buat. Nak print notes la, continue tesis, baca case study. Banyak lah. Okay dah tak nak melalut.

Ok serius kali ni. Macam mana ye kalau kita nak tegur seseorang yang bau badan dia sangat kuat? Saya tak nak dia terasa kalau saya tegur dia. Sebab ada orang yang complain tentang itu pada saya sebab saya rapat dengan dia. Saya bukan tak nak tegur cuma tak sampai hati.



Kawan-kawan silalah share dengan saya. Please. Saya sayang kawan saya dan tak nak dia malu lagi.
Saya dah biasa so saya tak kisah bila berhadapan dengan dia. Saya risau bila orang lain yang akan cakap pada dia. Help me please.

Thanks all.

xoxo

What Is The Most Important Things In Your Life?

By Aisyah Rahim at Tuesday, January 26, 2010 5 suka menconteng =)
 Hey people!

Dah lama macam tak berblogging. Macam agak busy sikitlah nak menguruskan hidup saya sekarang ni. Lately ni banyak benda yang saya kena fikir. Mana nak siapkan tesis lagi, assignment la, nak balik rumah la, nak beli tiket balik Kedah la, Nak hangout with my friends la and what not bla bla bla. Hurghhhh stress! Macam tak sempat aje. Maybe sebab student life memang like this? Okay bersyukur sebab ni dah final year. So dah nak habis dan bersabar serta tingkatkan usaha. Insyaallah all will become easily. Amin( Tak lupa juga doa).

I want to ask you something. Okay, what you need around you? Me?

1. DIA
Ya, the first thing in our life is Allah. DIA adalah segala-galanya. DIA yang menciptakan kita. So, kita sebagai umatnya haruslah bertaqwa kepadaNYA. Harus ingat DIA berada di mana saja. Jangan masa susah saja baru kita nak ingat DIA. Insyaallah DIA akan memakbulkan doa kita jika kita selalu meminta kepadaNya.

2. Parents & Family 
Ibu yang melahirkan kita. Bapa yang menyara kita. Tanpa mereka, tiadalah kita. Kita patut bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa. Dengarlah cakap kedua-dua orang tua kita selagi mereka masih ada. Saya sayang sangat ibu bapa saya. Sayang saya melebihi segalanya. Jangan lupa berdoa selalu untuk ibu bapa kita. Saya sayang juga adik-beradik saya. Merekalah yang melengkapkan lagi hidup saya sampai sekarang.

3. Love. 
Love, kasih sayang dan yang sewaktunya ada di mana-mana. Tuhan yang menentukan yang terbaik buat kita. Harus diingat yang Tuhan telah menjadikan setiap orang  dan benda itu berpasangan (Kalau salah sila betulkan).

4. Money
Like people said "No money no talk". Ouh dengar aje memang setiap apa yang kita buat sekarang need money. Rite? Nak masuk toilet pun duit, whatever pun money is very important in our life. So, work hard.

5. Friends
We need friends around us. Agree? Kawan senang, mudah dicari; kawan susah, sukar dicari. Kan? Hargailah kawan-kawan yang ada disisi kita selalu.

6. Education & Knowledge
Ilmu & Pelajaran sangat penting. Kalau tak ada ilmu dan pelajaran, kita mungkin dipandang hina oleh masyarakat. Belajar tinggi-tinggi sampai ke menara gading. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.

7. Ambition
 Everyone must have an ambition. Who has no ambition, hand up your hand now? Haha. Peliklah tak ada ambition, at least we dream on what we want to be. Rite? I want to be..... ermmmm... dont know! Seriously, i dont know what I want to be after my degree. Sob sob sob. T_T

Ni aje yang dapat saya fikir sekarang apa yang saya perlu around me. You guys? Share with me. Maybe I'll get  something new from you.

Ok, nak continue my work. Got to do now!

Tata

Purplelicious

By Aisyah Rahim at Friday, January 22, 2010 4 suka menconteng =)
Wah purple! Menarik kan? Bagi saya menariklah. Saya ni suka sangat warna purple. Ya itu warna kesukaan saya, my fav colou. Tak payah nak ulang lagi.

Saja nak change layout sebab dah bosan. Tadi tiba-tiba terjumpa yang warna purple. Terus sangat nak tukar. Rasa macam azam baru aje.

Okay sebenarnya saya tengah sedih ni. Emosi saya sekarang ni tak berapa stable la. Itu aje nak cakap. Rasa macam nak update blog ni. Banyak benda saya nak story kat semua. Tunggu lah sampai saya punya mood sampai ok.

Thats all. 

It'll Not Forever

By Aisyah Rahim at Tuesday, January 19, 2010 0 suka menconteng =)
Now ni dah minggu ke berapa punya kuliah pun I cant recognize as well. Haha. Bukan busy apa cuma rasa time move faster. Thats all. Sampaikan saya rasa bagaikan tak sempat nak buat apa-apa. Macam baru banguntidur dan sambil berkata "Eh hari ni dah hari bla bla bla, ingatkan awal lagi". Haa.. Macam tu la masa.

Many kind of things that I've need to settle before my graduation day. Rasa tak sabar sangat. Cant wait for that moment! =)

Okay now ni apa yang perlu I buat is settle down all that I need slowly but not to slow. Slow in my context is do all my work clearly and effectively. Saya tak mahu kerja yang saya buat jadi huru hara. It'll become very bad at last. Kan?

I need to settle my thesis, my assignment and bla bla bla. Esok cuti. Esok nak keluar dengan my friends untuk menghiburkan hati kawan yang sedang sakit. So kita sebagai kawan selalu kena ada dengan kawan kita yang susah. Kan? Help them as well as we can. Because one day we dont know what'll happen to us. We must be prepared all the time.

Saya ni tak kuat mana untuk menghadapi apa-apa yang saya tak boleh dan tak mahu bayangkan. Okay la sekarang saya perlu start thesis ni.

xoxo

Ini Bukan Jiwang.

By Aisyah Rahim at Monday, January 18, 2010 4 suka menconteng =)

Ya ini bukan jiwang cuma sedikit luahan hati. Saya baru aje sampai bilik ni sekarang. Tak adelah baru sangat.sampai di bilik. Sempat message-message dan online jugak. Okay bukan nak cerita saya dah sampai dengan selamatnya ke apa.

Basically I've something to share with all my friends out there. Saya bukannya apa. Sejak kebelakangan ni saya asyik terdengar pasal boyfriend girlfriend clash or in another word berak eh bukan berak tapi break. Huhu I tahu tak kelakar pun. Okay serius now.

Sometimes kita tak tahu salah siapa sebenarnya in relationship. Saya tak salahkan siapa-siapa dan ini bukan juga nak back up yang mana salah dan betul. Tak tak.

Tadi masa keluar dengan kawan-kawan yang sangat penting dalam hidup saya. Banyak lagi kawan yang penting dalam hidup. Semua kawan pun penting kan? Kalau tak, siapalah kita ni. Okay sambung. Tadi masa saya keluar dengan kawan-kawan untuk celebrate birthday kawan saya, we alls gosip-gosip then cerita pasal life and advice each other untuk beri semangat untuk kita juga supaya tak cepat down dan mengalah pada apa yang terjadi. Apa-apa pun yang terjadi kita mestilah bertindak rasional. Ya rasional itu penting sebenarnya. Cepat cari maksud rasional suapay lebih memahami.

Hari ni juga saya baru habis bengkel ASP.net. Dah 2 hari okay since semalam asyik menghadap PC dan laptop. Penatlah. Mata pun dah semakin teruk. Dahla saya ni rabun dekat. Bukan nak malukan diri sendiri untuk cakap yang muda-muda lagi dah rabun dekat. Tak!

Okaylah dah penat ni. Semoga kita dapat menghadapi dugaan yang diberi oleh-Nya.

Happy Birthday juga untuk sahabat saya Mohd Azwan. Semoga hidup Wan jadi lebih baik dari hari-hari semalam. Jangan mudah putus harapan. Yang berlalu biarkan berlalu. Life must go on. Remember that always. Jangan risau coz dah ada peneman kan. Haha. Farahan boleh bagi semnagat!

Jom berehat. Mengantuk dan esok kelas pukul 2 petang.

Rasa Pasti Hati Merasa

By Aisyah Rahim at Thursday, January 14, 2010 4 suka menconteng =)
Haha tajuk tak boleh blah. Biarlah. Saja mau bikin gempak sikit.

Actually aku sedang merasai sesuatu. Rasa sangat. Nak sangat. Cepatlah masa berlalu. Kenapa lah masa ni macam lama sangat je? Nak semuanya smooth je.

Okay. Ni baru habis baca case study untu 3 page aje. Ada 15 pages semuanya. Malas sangat. Bila nak start aje sangat malas. Tapi bila dah start okaylah kot. Hihi.

Ni dah stop baca case study and now saya nak buat bab 2 untuk tesis saya. Kalau separuh dah kira okaylah dari tak bergerak langsung kan? Doakan saya berjaya start bab 2 tesis saya.

Tadi saya ada kelas pukul 10-12 tgh hari. Masa dalam kelas tu tiba-tiba saya boleh tersenyum sorag-sorang pulak. Macam apa aje. Haha. Dahlah saya duduk baris 2 dari hadapan. Saya tak tahu kalau Lecturer saya tu perasan ke atau tak. Nak tau apa saya berangan? Haha. Saya tiba-tiba terfikir tak sabarnya nak grad. Dan nak menentukan masa depan saya yang masih huru-hara. Sebenarnya saya masih dalam keadaan bengong ni. Memikirkan sesuatu. Tak apa nanti sampai masanya saya akan bagitahu semua kawan-kawan ye. Jangan risau.

Okaylah. Tesis dah panggil saya tu. Doakan saya dapat start okay.

xoxo

Believe It Or Not?

By Aisyah Rahim at Thursday, January 14, 2010 0 suka menconteng =)
Saya terjumpa ini. Amat mengejutkan saya dan seperti tidak percaya.

Betul ke di Portd Dickson ada buaya? Kalau korang semua nak tahu lebih lanjut silalah click ini.


I Feel So Hard

By Aisyah Rahim at Thursday, January 14, 2010 2 suka menconteng =)
Life is not easy. Yea its true.  Susah sebenarnya nak menghadapi hidup ni. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Macam saya sekarang ni. Dah final sem ni banyak benda perlu fikir. Sometimes I feel so hard to face all of this.

Saya perlu fikir macam mana perlu siapkan tesis. Tesis saja tak apa kalau setakat buat research. Saya lebih suka kalau macam tu. Tapi saya perlu bangunkan sistem. Sietem sebab course yang saya ambil adlah Sains dan Pengurusan Sistem. Tak apa, saya akan cuba sedaya upaya. Okay semua doakan saya.

Weekend ni saya ada bengkel. Ye Sabtu dan Ahad. From 9 a.m to 5 p.m. Bengkel Asp.Net. Harap-harap dapat membantu saya untuk create system ni.



Ye ini meja saya.

Sekarang saya perl gigih ye. Dah 2 hari saya tak ada kelas. Saya sekarang just ada 3 hari untuk kelas. Isnin (2-4 ptg), Selasa (10-12 tgh hari) dan Khamis (9-12 tgh hari). Kelas hari Selasa semalam has been cancelled. Sangatlah boring okay.

Asyik duduk bilik aje dan cari peluang untuk keluar macam makan di kafetria kolej ke. Lepak bilik kawan ke even 'bilik' juga kan janji bukan bilik saya. Haha. Okay layan je.

Saya sangat rindu nak balik rumah. Rindu environment di rumah saya. Cepatlah masa berlalu. Tak sabar juga untuk tunggu beberapa bulan saja lagi.

Okay dahlah tak nak mengarut lagi. At least ada update juga kan dekat blog saya ni. Kalau tak sunyi je.

Colourful Of Life

By Aisyah Rahim at Sunday, January 10, 2010 2 suka menconteng =)
Colourful Of Life for me give a lots of meaning. We can't live without people that we love around us. For me, I need my family and also my friends to be with me. Always! If they dont appear in my life, I think I'll be nothing in this world. Of course la if we dont have pur lovely family, how can we alive. Rite? And not to forget our love. Hihi.

Friends. Sejak kita kecil pun dah ada kawan. Kan? Macam mana kita nak hidup sorang-sorang? Tak boleh kan? Saya sari kecik memang perlukan kawan dalam hidup. Kawan adalah segala-galanya dalam hidup after family. Dan DIA adalah yang utama.

Bukan baru sekarang saya mengerti apa itu kawan. Kawan yang sanggup nak susah dengan kita susah sangat nak cari. Yang senang, banyak. Tak payah kau nak cari pun dia akan datang denagn sendirinya bila dia perlukan kita.

Saya perlu mendalami AJAX. Saya perlukan bantuan. Help!

Januari 2010

By Aisyah Rahim at Saturday, January 09, 2010 0 suka menconteng =)
Hello rakan-rakan blogger semua =)

Rasa macam dah lama sangat tak update belog ini. Hihi. Lama sangat sampai pelbagai benda dah jadi. Dari minggu pertama start kelas until now. Bukan apa, malas mahu mengedate belog ini. Banyak benda nak fikir since ni my final year as a student. Insyaallah. Pray for me always frens!

Bila dah lama tak update juga dah jumpa berbagai-bagai ragam manusia. Ada yang buat saya boleh tahan dengan their behavior tak kurang juga ada yang buat saya sangat tak tahan nka bertahan dan rasa seperti hanya menunggu masa saja. Tapi rasa tak sampai hati nak menegur walaupun kadang-kadang rasa nak sangat tegur. End up I'll let it be. Manusia kan tak terlepas dari buat salah.

Bukan apa. Saya ada geram dengan seseroang Beliau always mengadu pada saya yang dia kurang suka bila orang berhutang dengan dia. Kononnya dia tak ada duit la and bla bla bla. Tapi bila dia pinjam duit orang, dia macam buat-buat lupa atau melupakan dengan sengaja ke apa saya tak berapa nak pasti. Tapi tolonglah fikir entah-entah masa tu orang yang KAU pinjam duit tu tengah tak ada duit macam Kau ke kan? Ada kau pkir? Kalau kau tu selalu je ungkit orang tu tak bayarlah apa lah. Sampai kadang-kadang aku naik lemas dan rimas nak dengar. Serabut je. Padahal kau tu 2x5 je dengan orang yang kau selalu merungut tu. Aku harap kau fikirlah ye.  Tapi sebenarnya tak ada niat nak cakap pada siapa-siapa. Cuma rasa macam ini selalu terjadi. Macam saya kalau ada pinjam duit kawan kan.

Sekarang ni saya selalu busy dengan my final year project. Saya decide buat Sistem Pengurusan Diet Berasaskan Web. Tapi masih perlukan bantuan. Pada kawan-kawan sekalian jika ada idea nak buat apa pasal diet, boleh la kita kongsi ye. Hopefully I can settle this final project.

Sekarang ni saya ada seorang kawan yang saya boleh anggap kawan since dulu even rapat pun still rasa kurang selesa sebenarnya. But now she will be a part of my life. Remind you that am not LESBIAN okay. Sebab kami rapat adalah sebab kami selesa buat groupwork together2. Selesa.

And now, I really love all my frens because if they are not into my life I feel very2 empty. So, I'll be more appreciate all my frens.

Sekarang jam dah menunjukkan pukul 12.51 a.m. Actually I've a big problem now. Family problem. I dont want anyone know that. Enough for only me and my family to know it. I dont want to share it with other people. I hope it will end well and faster. Dont want to be sad even now I am still crying.  =(

Okay. Esok Sabtu dan masa untuk tidur. Kesian roomie sebab saya rasa dia tak boleh tidur sebab lampu meja saya masih terpasang.

Satu lagi. Saya seronok sangat sebab baru tahu guna PC Suite. Cepat gelak dekat saya. Malu betul sebab before this saya selalu berharap ada orang akan buatkan semuanya untuk saya. Seronok. =p

Azam baru saya mahu jadi lebih baik daripada semalam. Mahu buang semua perangai lama saya yang tak elok and keep my good behavior. Saya tak sambut new year last week sebab masa tu saya tengah tunggu bus nak balik Kedah dimana Kedah adalah tempat tinggal tetap saya. Saya sangat homesick sekarang dan kasihan sangat pada parents saya. T_T

Selamat Tahun Baru semua. Nak wish juga even dah lewat sebab sekarang rasanya masih awal nak wish kan. Jom kita berazam.

Jom nak tidur dah.

xoxo
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare