Tomok : Rindu Terhenti (With Lyrics)

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 14, 2010 1 suka menconteng =)


Nak buat macam lagu ni boleh? Nak sangat-sangat. =)

Errrmmm

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 14, 2010 0 suka menconteng =)
Malam ni tak tahu nak buat apa. Bila tengok jam dah pukul 1 lebih pagi. Sekarang saya selalu tidur lambat. Lepas Subuh baru tidur kadang-kadang. Kadang tu awal sikit sebelum Subuh saya dah tidur. Haha. Mama salu tidur awal bila weekdays. Bosan sangat. Huhu. Malam-malam ni tiba-tiba teringat seseorang. Kenapa dia senyap aje? Bila saya tak kuat saya akan buat apa yang saya nak buat. Hish mengarut sangat. At least saya tahu dia okay. Tu dah cukup. So, sekarang saya dah tau dia okay. Enough! Saya asyik layan movie aje malam ni. Huhu.. Tengok She's out of my leage and Syurga Cinta. Tak sabar nak balik jumpa my dearest cousin. Miss her damn much. Babe, u tunggu i ok.Nanti kita lepaking sama-sama. Okaylah, nak sambung layan movie.

Short Update

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 13, 2010 0 suka menconteng =)
Hari ni rasa tak tenang sangat. Thingking of something. Benda yang buat saya rindu dan sedih. Rindu masa-masa lalu. Huhu. Saya dah start packing barang. Saya balik nanti tak terus pergi Sunway, stay kat tempat lain dulu. Nak jumpa someone special and very important to me. Dia yang banyak bagi semangat pada saya. Susah senang dia selalu ada. Ye, banyak kawan-kawan saya pun selalu tolong saya. Saya sayang semua. Saya appreciate semua. Thanks to all my friend yang always support me all the time.

Purple around here

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 13, 2010 0 suka menconteng =)
Hye..

Saja je tak tahu nak update pasal apa. Tak ada apa-apa sangat yang special pun pasal saya sekarang. Hari Ahad hari just pergi dinner with my family. Tu je. Best sangat dapat makan-makan. Haha. Before balik Sunway dapat pekena Vanilla blended my fav! Sampai muak gila dah. Haha..

Haaa.. Balik pada tajuk sebenar. Perasan tak if you all masuk sini ( i mean my blog la), sana sini purple. Betul tak? Thats mean yang saya suka warna purple ni gila la. If boleh saya nak semua yang kena mengena dengan life saya ada connection with purple color. Haha. Cool to me. Why I like purple color so damn much?

For me, purple is cute. Haha. Macam comel-comel je. Eventhough saya ni tak la comel mana pun. Tapi boleh tak saya nak perasan comel? Haha. Geli pulak.

Saya rasa purple ni soft color. Macam boleh buat hati saya tenang je macam soft gitu. Pening pun peninglah korang nak faham. Tapi that is reality. Rasa macam best lah dengan purple ni.

Purple sweet I guess! Sebab bila saya tengok benda warna purple aje mesti nak beli or I want to get that whatever it is. Haha. Tapi ada juga warna purple yang tak menarik perhatian saya. Macam tone color tu la yang maybe tak menarik hati saya.

Saya pernah berangan nak ada kereta warna purple. Rumah warna purple. Barang-barang keperluan semestinya lah nak warna purple. Kiranya semua pun nak warna purple la. Tapi mesti boring kan sebab satu color je. Kawan-kawan saya yang rapat masa kat UKM dulu sampai panggil saya 'Minah Purple'. Haha. Tapi sejak kebelakngan ni saya dah macam suka banyak-banyak color.

Sekarang ni, saya dah tak tunjuk sangat yang saya suka warna purple. Janji apa yang saya suka tu cantik, saya akan dapatkan. Senang kan hati kita berubah? Hmmm. Macam tulah saya sekarang. Bukan berubah apa, benda yang saya rasa perlu saya ubah, saya ubah la. Tu je.

Dah lewat malam ni. Saya tak boleh tidurlah. Tengah layan perasaan. Tadi petang ada dapat message from someone. Hish.. Entahlah apa perasaan saya sekarang. Bercampur baur. Tapi tak nak mengharap apa-apa. Saya tak nak sedih-sedih lagi. Penatlah asyik nak bersedih aje. Semua orang tak faham saya. Asyik nak menyalahkan aje. Sampai saya jadi sedih. Tak apalah. Maybe saya ni tak penting dalam hidup orang lain. Biarlah saya jauh-jauh dari diorang dan itu mungkin akan jadi lebih baik dan tiada hati yang akan terluka.

Penat nak fikr semua ni!

Soriii... Entry ni campur-campur la. Huhu

P/s : Rindu tu masih ada. Tapi biarlah hati ini je yang tahu.

Sekian.

XOXO =)

Aiman-Cinta Terakhir

By Aisyah Rahim at Monday, July 12, 2010 0 suka menconteng =)


Lagu ni sangat bermakna.... Susah kan nak lupakan cinta pertama... Huhu

Lady Gaga - Eh, Eh (Nothing Else I Can Say)

By Aisyah Rahim at Sunday, July 11, 2010 0 suka menconteng =)

Lady Gaga - Speechless (Live at the VEVO Launch Event)

By Aisyah Rahim at Sunday, July 11, 2010 0 suka menconteng =)


The Pussycat Dolls - Buttons

By Aisyah Rahim at Sunday, July 11, 2010 0 suka menconteng =)


Kenapa aku baru suka lagu ni? Uhuh ketinggalan zaman betul. =(

Sampai Syurga by Faizal Tahir

By Aisyah Rahim at Sunday, July 11, 2010 0 suka menconteng =)

Currently love this song..

Aktiviti pada hari Sabtu

By Aisyah Rahim at Sunday, July 11, 2010 0 suka menconteng =)
Hari ni hari Ahad. Hari yang bosan sangat. Huhu. Bangun tidur pun agak lewat. Tapi padahal dah bangun awal sebenarnya. Bila tengok jam macam masih awal, sebab tu sambung tidur. Malas sangat nak buat apa-apa. Mungkin sebab hari yang sebelumnya tak cukup tidur dan juga penat berjalan. Entahla.

Okay, hari Sabtu saya dengan mama dan abah pergi Bertam sebab nak ambil adik saya yang kedua di kolej dia. Saya bangun awal okay. Haha. Awal dari biasa sebab saya nak ikut parents pergi ambil adik. Memang tak tahulah nak buat apa kalau tak. Sebab ada kawan ajak main boling tapi dia tak cakap bila lagi. So, saya just ikut ajelah yang mana cepat kan.

Sampai Bertam sana around 11 lebih pagi kot. Mengantuk sangat okay. Tapi malas nak layan. Baik layan perasaan best keluar berjalan. Lagi fun. Kan? So, dah ambil barang-barang semua dan bersiap nak balik. Then my dad cakap jomlah pergi Penang jalan-jalan di QueensBay (betul ke Queensbay or Queenbay). Sampai sana dalam 12 lebih tengah hari. Adik saya drive. Lepas aje Jambatan Pulau Pinang, ada polis tahan. Dia cakap adik saya drive laju. Haha. Memang pun. Polis cakap dengan ayah saya suruh tengok-tengokkan adik saya masa drive. Saya ni dah berdebar-debar takut kena saman ke apa. Yang mak saya dah baca-baca doa da, Haha. Luckily tak kena saman okay. Alhamdulillah. So, we all pun terus pergi Queensbay tu. Pergi mall la. After lunch semua jalan-jalan sambil shopping sikit-sikit. Saya just beli baju kurung dan sedikit barang yang lain. Seronoklah saya dapat jalan-jalan sambil shopping. Tu kan hobi saya. Hehe.

Ni masa tengah tunggu makanan. Muka tahan lapar. =p




Cukupal sekadar pandangan dari dalam kereta. =)

Ingat nak jalan-jalan tepi pantai ke apa tapi semua maca penat aje. Terus balik tapi tak terus balik rumah la. Singgah kejap dekat rumah tok saya. Lepak-lepak sana. Tiba-tiba kawan saya call ajak main boling. Haha. Memang taklah, dah la penat lepastu tak sampai rumah lagi.Sori Awie. Lain kali hang bagitau awal-awal okay. Before tu, saya sempat pergi gunting rambut. Wah happy gila. Thanks maksu sebab teman along. Then makan kejap dekat rumah tok, terus balik rumah. Satu hari saya tak on laptop. Rasa tenang sangat. Tapi ada juga benda yang buat saya runsing dan tak suka. Biarlah saya aje yang tahu. Yang pasti saya tak suka.

Okayla. kena masak nasi ni. Adik saya dah bising. Dia cakap lapar coz nak pergi beli lauk. Haisshhh! Masak nasi aje pun malas. Serius malas sekarang. Tapi kalau ada mood, tak payah suruh masak, senang je aku masak.

P/s : Miss my 'S' shooo muchhhhh... =)

~SATU~

By Aisyah Rahim at Sunday, July 11, 2010 0 suka menconteng =)
Dulu hanya bermula dengan 0...
Suatu hari 1 datang mendekati dan 1 telah dimiliki...
Tak lama selepas tu, 0 menjelma lagi...
Selang beberapa lama menjadi 0, 1 datang lagi...
Setelah itu, 1 hilang tanpa disedari...
Masa berganti masa setelah 0 dimiliki untuk beberapa ketika...
1 mula menjelma dengan memberi sinar harapan yang tinggi...
Setelah mempertahan 1 yang dimiliki, 1 terus dimiliki...
Sehingga munculnya 1 yang lain...
Apabila munculnya 1 yang lain itu, 1 yang lama tidak diendahkan sangat...
1 yang lama pergi tanpa direlakan...
1 yang lain itu juga pergi mungkin kerana balasan...
Dan kini 0 tetap dimiliki lagi....
Sampai bila tiada siapa yang tahu...
1 datang tanpa siapa pun menduga....
Hargailah yang 1 itu...
1...Cepatlah muncul lagi.... =)

Tak ada tajuk =)

By Aisyah Rahim at Thursday, July 08, 2010 7 suka menconteng =)



Masa blogwalking tadi tiba-tiba terjumpa ayat-ayat ni. Hmm.. Sangat bermakna bagi aku. So, hayatilah. 




Disaat


•Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya 
•Disaat kamu mulai tidak mencintainya...ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya 
•Disaat kamu mulai bosan dengannya...ingatlah selalu saat terindah bersamanya 
•Disaat kamu ingin menduakannya...bayangkan jika dia selalu setia 
•Saat kamu ingin membohonginya...ingatlah disaat dia jujur padamu 
•Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu 
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu, 
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu 
•Yang indah hanya sementara 
•Yang abadi adalah kenangan 
•Yang ikhlas hanya dari hati 
•Yang tulus hanya dari sanubari 
•Tidak mudah mencari yang hilang 
•Tidak mudah mengejar impian 
•Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada 
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga 
•Ingatlah pada pepatah, 
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini" 
•Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif 
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas 
•Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun.. 
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi 
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki 
Apalagi yang mau diperebutkan 
Apalagi yang mau disombongkan 
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani 
•Jangan terlalu perhitungan 
•Jangan hanya mau menang sendiri 
•Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita 
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih 
•Selalu berlapang dada dan mengalah 
•Hidup ceria, bebas leluasa 
•Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan 
•Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan 
•Tak ada dendam yang tak bisa terhapus. 


Slurrpppp

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 07, 2010 2 suka menconteng =)
Hai fren..

Actually saya baru aje balik rumah. Tadi keluar dengan my parents pergi tempah baju for my konvo. Tak tahulah sempat siap ke tak. If tak sempat, pakai baju ready made ajela takpun pakai je baju yang ada. Haha.

Seronok keluar tadi. Lepas tempah baju, we all pergi Aloq Staq teman my dad ke kedai komputer untuk tengok barang dia. Then kitorang pergi Star Parade kot (entah petul ke tak, ke nama dia Pacific). Haha. Layaaaaannn~
Shopping sikit-sikit. Happy! Suka sangat sebab dapat beli something. Hehe.

Okay, actually tak rancang pun nak shopping tu. Terpergi aje kat situ and terbeli. Tu je. Serius. =)
Lepas tu terus pergi masjid dekat dengan tempat yang saya nak ajak parents dinner. After solat, we all terus pergi makan kat sana. Basically I mengidam Vanilla blended kat kopitiam tu. Sebab tu ajak my parents pergi sana. Thanks Mama and Abah. Love you all. Mmmmuaaahhh~ We had a great dinner there. Tu je. Tengok, pergi mana-mana pun saya je yang ikut. Sebab tulah saya ni anak kesayangan. Haha. Perasan. Saya sayang mama dan abah saya. Cuma, saya tak pandai nak tunjukkan kat diorang yang saya sayangkan diorang. Kesian saya kan. T_T

Okaylah, apa-apapun kita kena hargailah masa-masa yang ada dengan ibu bapa kita. Saya nak jadi anak yang baik. Tu je. Saya nak berbakti juga pada mak ayah saya sebab diorang aje yang saya ada selain adik-beradik yang lain.

Bila sedih aje, saya akan duduk dengan mak dan ayah saya supaya hilang sedih saya.

Sekian.

XOXO =)

Something to share

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 07, 2010 2 suka menconteng =)
Hai kawan-kawan.

Rasa boooosaannnn sangat hari ni. Pagi tadi rasa nak demam sangat. So, saya tidur sampai petang. Ha punya lama. Tapi saya bangun solat semua la. Cuma banyak masa dihabiskan dengan tidur aje. Tak laat sangat lah. Asyik dok sok sek sok sek. Dah basah semua sapu tangan saya tu. Huhu. Saya bangun pun dah petang. Buka puasa semua then solat terus siap pergi ambil my dad di aiport.

Mula-mula retingin sangat nak minum Vanilla blended. Tapi abah cakap dia penat sangat. Tak larat nak pergi kopitiam yang saya cakap tu. Kat sini dah la Vanilla blended susah nak ada. Lepas tu cari lah restoren lain. Last last pergi restoren SanThai dekat je dengan rumah. Dengan harapan ada lah Vanilla blended yang diidamkan tu. Alih-alih semua ice blended tak ada. Shitt! Memang bengang gila dalam hati. Rasa macam satu rasa tak puas hati tau. Geraaaaaaaaaammm sangat. Saya just pergi dengan mama dan abah je. Yang lain macam biasa pemalas. Haha. Saya kan anak kesayangan. Gila angkat bakul sendiri. Mana orang pergi semua nak ikut. Tu lah saya.
Saya just order tomyam campur. Saya hirup kuah aje. Okay jugak. Kenyang. Lepas tu minum jus epal laici. Sedaplah dinner saya malam ni. Haha.

Okay berbalik pada tajuk asalnya memang saya nak share something. Saya nak share something yang berguna untuk kita semua. Saya terjumpa apa yang saya nak share ni dalam satu majalah. Sekarang ni saya rajin sangat membaca. Tak kiralah buku apa pun. Buka apa, just nak tambah ilmu. Nanti senang nak cakap-cakap dengan orang. Taklah asyik cakap-cakap kosong je. Ni mama lah yang banyak dok cakap pada saya. Haha. So sekarang saya nak lebih bersikap matang dan berkeyakinan dan juga berpesonalit.Entahla betul ke tak. Slowly ya.

Lama dok bebel sampai apa yang nak di share kan pun tak ada lagi. Saya nak share ' BILAKAH DOAKU AKAN DIMAKBULKAN?' Bukan apa. Kadang-kadang kita bila dah berdoa apa semua mesti kita akan cakap "kenapalah Tuhan tak makbulkan doa aku?", "Apa salah aku sampai Tuhan tak makbulkan doa aku?" dan bayak lagilah persoalan yang timbul kan. Betul kan? Macam tu lah yang saya rasa dan saya percaya ramai juga yang tertanya-tanya macam ni kan.

Tuhan bukan sengaja tak nak memakbulkan doa kita. Cuma mungkin bukan sampai masanya lagi.

Yang pastinya....

Apabila Allah cepat memakbulkan doamu itu, maka Dia menyayangimu....

Apabila Dia melambatkan untuk memakbulkan doamu itu, maka Dia ingin mengujimu...

Apabila Dia tidak memakbulkan doamu itu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu kelak...

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah...

So, inilah yang mahu saya kongsikan dengan korang semua. Renung-renungkanlah dan selamat beramal juga ye.

Sekian....

XOXO =)

The only thing that i hate

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 06, 2010 0 suka menconteng =)
I know you when i know you...
I want you when i want you...
I miss you when i miss you...
I love you when i love you...
I hate you when i hate you...
I hate you when i miss you...
I hate you when i love you...
I hate you when i remembered you...
I hate you when i saw you...
I hate you when i always think about you...
I hate you when i remembered how much i love you...
I hate you when i remembered how and when i know you...
I hate you when you think about me because you should not think about me...
I hate you when i remembered how much i love you. and i realize that this is the only my wasting time..
I hate you when i remembered our sweet memories and they are already gone from my mind day by day...
I hate you when i remembered how much i love you and at the same time you should not care about me
I hate...
I hate...
I hate...
I hate...
I hate you all the way and everything about you..
And the only thing that i hate is you...

With no planning

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 06, 2010 0 suka menconteng =)
Hye guys~

Wah makin lama saya makin suka mengupdate blog ni. Hehe. Jangan marah. Lagi pula bila dah tau macam mana nak guna schedules at what time and date la. I mean i use auto publish and i just set the date and time. So, if ada yang saya update pagi-pagi tu bukan bangun lagi la tu. Saya just buat auto publish je. Hehe.

Hari jumaat yang baru je berlalu ni. Kawan lama saya masa sekolah dulu ajak jumpa, Rozi nama dia. Mula-mula dia ajak saya dan seorang senior la which is Kak Fiza. So, Rozi cakap nak ambil saya di rumah then nak jumpa di Jitra Mall aje. Maksudnya dekat dengan rumah saya lah. Tiba-tiba ada seorang lagi senior saya iaitu Kak Iena pula dia call cakap nak datang ambil saya di rumah. Kak Iena cakap lagi 15 minit dia sampai. Kelam kabut I siap-siap okay.Tak sempat pun pakai tudung lagi tiba-tiba diorang dah sampai depan rumah. Menggelabah aje.

Lepas je dah siap saya keluar terus naik kereta. Then pergi alor star. Tu pun tak tahu nak pergi mana. Haha. Diorang tanya saya lagilah saya tak tahu nak pergi mana. Siap dah tak ingat sangat weyh tempat-tempat yang ada. Punyalah jakun saya ni tempat sendiri pun tak ingat. Bukan sengaja tapi memang tak ingat. So, diorang decide nak pergi ambil Rozi yang tinggal di Alor Star dulu. Then terus pergi Alor Star Mall.

Sampai je Alor Star Mall, terus pergi kaunter tiket wayang. Nak tengok ada movie apa. Kitorang nak tengok Back Up Plan. Tak ada pula. Geram sangat. Cerita tu best la aku rasa. Lepas tu tengok-tengok movie lain tak ada pula yang best. Hmmm... Bosannyaaaaa... Tak tahu nak buat apa dah. Dah la kat Alor Star Mall tu tak ada apa sangat. Then kitorang pun jalan-jalan dalam Pacific.Aku dah rambang dah tengok kasut. Sale weyh. Tapi yang geramnya size pula tak ada. Lagi la aku geram. Sakit je hati tu tengok. Hishhh.. So kitorang pusing-pusing aje. Tengok itu ni then nak pergi cari tempat makan dan lepak. Masa tu dah pkl 3 lebih kot. Keluar pun lepas Zohor.

From Alor Star Mall tu, Kak Iena dah lapar sangat. Hehe. Kesian dia. Baby dia lapar juga tu. Dia dah kahwin. Dah pregnant pun. Tapi baru jela. Dia bawa kitorang pergi Kopitiam. Takingat pula nama apa. Tapi best jugak la. Kak Iena suka Vanilla blended kat situ. Tu yang dia bawa ke sana tu. I dah rasa. Pehhh sedap juga. Hehe. Nak ajak mama dengan abah pergi la lepas ni. Tapi tak ingat sangat jalan tu. Adoiyai~ Aku rder tomyam claypot aje. Dah makan-makan semua, Rozi yang bayar. Hehe. Thanks Rozi. Nanti aku belanja pula ok.

Lepas makan, Kak Iena cakap nak bawa pergi satu tempat. Dia ni suka taman-taman sikit. Hehe. Masa mula-mula tu aku pun tak tahu taman apa. Tapi bila tengok-tengok jalan tu, baru aku ingat tu Taman Jubli Perak. Masa aku kecil-kecil dulu selalu pergi sana bila lepas tuisyen. Tu pun masa sekolah rendah. Masa tu taman ni baru lagi. Sekarang dah lama dah. So, we all snap banyak picture. Siap sengaja lagi kacau couple yang tengah ngedate tu suruh dia snap picture kitorang. Haha.. Padan muka. Siapa suruh date.

Okay, tengokla ni pictures dekat Taman Jubli Perak ni. Semua picture ni pun tak tahu yang mana satu dulu yang mana satu kemudian. Haha. Layaaaaannn~

Rasanya ni yang first.











Aku suka gambar ni sebab nampak aku kurus. =p


Ni lah gambar yang di snap oleh couple tu. Sebab semua pun malu coz boyfriend dia tengok, thats why la semua control cun aje. Haha.


Tak ada kerja.


Tengokla siapa paling bersungguh nak masuk dalam gambar ni. Haha.

Dah naik kereta then Kak Iena terus hantar kitorang semua. Yang paling last dia hantar, akulah.

Okayla ni aje yang aku nak cerita.

Till then.

XOXO =)

Luna Maya - Suara KuBerharap

By Aisyah Rahim at Monday, July 05, 2010 0 suka menconteng =)

Suara KuBerharap By Hijau Daun

By Aisyah Rahim at Monday, July 05, 2010 0 suka menconteng =)


Jom layan lagu sedih. =)

Mengusung Rindu Spin

By Aisyah Rahim at Monday, July 05, 2010 0 suka menconteng =)


Lama tak dengar lagu jiwang-jiwang ni. Semuanya sebab Kak Iena yang boleh saya dengar. Thanks Kak Iena. Love you sis and not to forget to all my friends! =.=

Bersungguh dan makin bersungguh

By Aisyah Rahim at Monday, July 05, 2010 2 suka menconteng =)
Hi peep!

Makin lama saya suka nk update blog ni. Macam ada satu aura yang kata kat saya cepatlah update blog ni. Hihi. Mengada-ngada kan?

Actually I just nak share dengan you all je yang I tengah berusaha bersungguh-sunguh untuk diet dan jadi kurus. Entahla tiba-tiba semagat tu datang. So, saya akan makan makanan berkhasiat jela. Saya nak jadi cantik-cantik untuk kepuasan diri sendiri.

Tak salah kan nak memuaskan hati diri sendiri?So, lepas apa yang jadi pada diri saya ni saya akan lebih menghargai diri sendiri. Saya sayang diri saya!

Okaylah if diet saya ni menjadi I will let you all guys know ya. Don't worry~

P/s : I remembered 'Diet untuk syg' =(

Sekian jumpa lagi.

XOXO =)

My promise

By Aisyah Rahim at Sunday, July 04, 2010 0 suka menconteng =)
Hello guys!

Okay nampaknya I am free today. So meh saya story sikit pasal diary yang saya janji nak cerita tu dekat entry yang previously.

Cerita dia macam ni. Masa tu saya form 2. Masa tu saya belajar di sekolah di Perlis. Sekolah perempuan ye. Saya ni duduk depan sekali dalam kelas. Biasalah budak 'baik'.Haha. Padahal nakal gila. Banyak cerita nakal-nakal dulu. Tapi tak rajin nak story. Huhu. Bukan nak bangga jadi nakal ye tapi bila teringat balik lucu pun ada rasa malu pun ada dan yang paling penting macam-macam rasalah yang ada.

Okay sambung balik. Asyik nak melalut aje. Masa tu kelas Pendidikan Islam. Ustazah suruh keluarkan exercise book untuk pendidikan islam tapi say terlupa nak bawa sebab tertinggal dekat asmara. Eh salah, bukan asmara ye tapi asrama. Ha lupa nak cakap yang dulu saya ni tinggal asrama kejap ye. Lepas saya bagitahu uztazah yang saya tak bawa buku. Saya bukan sengaja nak bagitahu pada mulanya. Tapi takut dia tanya mana buku saya better saya bagitahu dia dulu before dia marah saya. Ustazah ni garang. Saya selalu kena dengan dia. Haha.

Lepas tu ustazah kata suruh saya keluarkan buku kosong. Cari punya cari saya memang tak ada buku kosong dalam beg dan meja. Yang ada just diari saya je. So, saya keluarkan diari dan tulis di page yang paling last sekali. Ingatkan dia tak perasan. Sekali ustazah tu ambil buku saya dan terus dia tengok dan baca setiap apa yang saya tulis tu dekat satu kelas. Malu okay. Sumpah malu. Saya geram sangat bila dia buat macam tu. Memang masa tu saya tak halalkan apa yang dia buat pada sya sebab memalukan saya. Tapi bila dah lama benda ni terjadi saya makin memaafkan apa yang dia dah buat tapi sukar untuk dilupakan dan saya akan kenang sampai bila-bila.

Haa. Ni la cerita pasal diari dan kenapa saya dah tak nak tulis diari lagi.

Okayla. Nak layan perasaan kejap

XOXO =)

That new thing

By Aisyah Rahim at Sunday, July 04, 2010 0 suka menconteng =)
Hello =)

Hai. Ingat lagi yang saya kata nak cerita pasal benda baru yang saya cerita pada previous entry? Kalau koang tak ingat click sini.

Haa ni actually one idea from a friend of mine la. Sebab dia cakap bila dia sedih dia akan tulis apa yang dia rasa masa tu dalam satu buku. Something like that la. Itu yang saya faham. Saya ni kadang-kadang orang cerita kot lain saya faham kot lain. So abaikan jela yang tu. Tapi idea dia lebih kurang macam ni lah.

Bila saya fikir-fikir balik bagus jugak kan buat macam ni. So saya dah suruh my mom belikan satu buku kecil je sebab senang nak simpan. For starting hobi baru ni saya guna buku biasa-biasa je. Tapi bila buku ni habis nanti saya akan beli yang baru dan nak buat secantik yang boleh. But mind you that this book is not a diary okay. Saya tak nak tulis diary sebab saya ada satu pengalaman buruk pasal diary. Okay, nanti saya cerita bila free nanti. Sakit hati bila terkenangkan pasal diary tu.

Dalam buku ni saya akan tulis perasaan saya. Mostly yang sedih dan geram lah. Yang happy tak rasa nak tulis lagi. Hihi. Thanks kepada orang yang bagi idea ni if dia baca lah entry ni. Hehe.

Okay ni jela cerita pasal benda baru tu.

Sekian jumpa lagi.

XOXO =)

Tak tahu nak tulis tajuk apa

By Aisyah Rahim at Saturday, July 03, 2010 0 suka menconteng =)
Lama sangat tak update. Tak tahu sangat nak update tentang apa. Bagilah idea sikit kawan-kawan. =)

Lately ni saya rasa sangat sedih. Bila fikir pasal sesuatu saya mesti sangat sedih. Tak boleh lari dari nak fikir. Saya benci bila nak fikir tapi asyik terfikir. Bila fikir jadi sakit hati sangat. Rasa menyampah dengan diri sendiri. Hish!

Sometime saya ni suka share dengan orang apa yang saya rasa. Tapi kadang-kadang tak jugak. Tak suka la bila kita cerita dengan orang tapi orang tu tak boleh keep je apa yang kita cerita. Geram juga. So, from now on saya nak tulis apa yang saya rasa dalam satu tempat. Nanti saya cerita apa tu. Benda ni kira macam benda baru yang saya akan buat lepas ni and actually dah buat pun Seronok juga. Sebab bila sedih, rasa puas sangat.

Sekarang ni saya dalam proses nak memulihkan diri sendiri yang tengah tak berapa betul. Haha. Bukan apa. Emosi saya tak berapa stabil sikit. Banyak yang telah berlaku pada saya 2 3 bulan ni. Banyak yang dah mengubah hidup saya. Sometimes saya suka dengan perubahan ni and sometimes tak suka jugak. Arghhhh peninglah. Saya pun tak tahu apa saya nak sebenarnya sekarang.

Tapi apa yang saya fikir sekarang adalah nak fikir hala tuju diri sendiri. Dengan apa yang dah terjadi ni saya ambil sebagai pengalaman dan pengajaran buat masa akan datang. Insyaallah.

Okaylah. Saya macam penat sikit ni sebab baru balik dari rumah tok saya.

Sekian jumpa lagi.

Tata =.=
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare