Kenangan raya dolu-dolu

By Aisyah Rahim at Wednesday, August 25, 2010
Salam ramadhan

Lama rasanya tak update di waktu pagi. So hari ni nak ambil kesempatan untuk mengupdate blog di waktu pagi. Ok friend please clap your hand. Haha.

Okay tetiba teringat kisah lucu di pagi raya masa zaman muda mudi kecil kecil cili padi. Kisahnya bermula macam ni.

Satu hari di hari raya pertama if tal silap. If silap, jadi hari raya kedua la. Macam tu. Masa tu saya sekolah rendah tapi tak berapa ingat darjah berapa. Rasanya darjah 2 kot. Not sure lah. Okay macam biasa lepas dah semua berkumpul kat rumah tok di pagi raya, kitorang ramai-ramai akan berjalan collect duit raya from house to house. Agak banyak lah, if tak sempat raya pertama then continue raya kedua. Sampai rumah yang ke berapa puluh entah, macam biasalah kitorang bagi salam tapi tuan rumah tak jawab pun. Kitorang dengan tanpa segan silu bagi salam lagi dan lebih dari tiga kali rasanya. Punyalah nak collect duit. Haha. Lawak betul. Tapi tuan rumah still tak jawab salam. Kitorang pun tunggulah kejap. Tak lama lepas tu ada orang keluar. Yang kelakarnya tu adalah rumah chinese. Hehe. Patutlah tak jawab salam kan. Tapi rumah kat situ semuanya melayu sebab tu tak tahu rumah tu rumah chinese tambahan pula tak ada gaya macam rumah chinese.

Tulah salah satu cerita kelakar masa raya zaman dolu-dolu. Hehe. Korang ada cerita kelakar time raya tak? Mesti semua ada kenangan manis kan masa raya.

Okaylah. Hari ni ada misi yang perlu diselesaikan. Hmm, tapi tak berapa pandaila but must try first.

Selamat bekerja untuk yang bekerja.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Tata.

0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare