The feeling

By Aisyah Rahim at Sunday, July 24, 2011 1 suka menconteng =)
Assalam,

Dah lama tak mengupdatekan blog yang tak cantik ni. Huhu. Aku tak tahu nak story apa, nnanti nak update pasal redang lagi. Tengoklah bila rajin/

Actually ada benda aku nak luahkan kat sini. Kat truly lovely diary aku ni. Dia je yang faham perasaan aku tanpa banyak songeh. Haha. Aku tak suka rasa macam ni. Benci jugakla rasa macam ni. Sesak nafas sangat bila rasa macam ni. Memang dah lama tak rasa macam ni. Aku akan cuba jauhkan rasa ini sebab aku tak nak ada orang yang terluka sebab aku, walaupun kadang-kadang hati ni boleh sakit. Tapi bila benda tu baru je nak menjadi lagi senang kot nak hilangkan dari bertahun-tahun kau simpan kan. Bila dah banyak kali rasa, sedikit immune, so aku cuba kuatkan semangat lah.

Actually dah banyak hari aku ulang alik ke HKL. Penat tak penat sangatla kan. Baru aku rasa aku ni seorang kakak. Even aku ni anak sulung tapi perangai macam anak last. Serius sekarang dah rasa sedikit bertanggungjawab. Hihi. Rasa macam bangga jadi kakak yang bertanggungjawab.

Tu je kot nak update, tak tahu nak update apa lagi buat masa ni.


  

Hate this part right here --> Hati

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 13, 2011 4 suka menconteng =)
AKU BENCIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Redang part 3

By Aisyah Rahim at Friday, July 08, 2011 0 suka menconteng =)
Okay lepas dah lepak2 sikit tu, saya dan Ayu pun balik semula ke tempat kitorang tinggalkan bag2 kitorang. Maksudnya dekat kawasan chalet kitorang la. Macam tu. Paham?

Then terus check in bilik. Lepak-lepak kejap then buat apa-apa yang patut dekat bilik. Around 2.30pm macam tu, we all kena kumpul untuk snorkeling dekat Pulau Lima. Kitorang sewa life jacket and all kelengkapan yang sepatutnya la untuk snorkeling. Untuk life jacket and goggle, sewa =RM20 di chalet kitorang. Okayla, layaaaaan je.

So, ramai2 jalan ke jeti untuk naik bot balik untuk ke Pulau Lima. Takdelah jauh sangat dengan Pulau kitorang tinggal tu. Sampai sana kitorang dah boleh snorkeling. First time kot. Saya macam takut-takut. Hehe. Eh eh. Bukan 'macam' ok, tapi 'memang' takut pun. Saya tak pandai balance kan badan dalam air even saya pakai life jacket. Macam apa je. Saya siap suruh Guide tu hantar saya balik ke bot. Haha. Memalukan betul. Dah la tak pandai nafas ikut mulut je bila pakai goggle tu. Mahu air masuk dalam tu sampai nak lemas. Hihi.

So, bila dah sampai dekat bot saya pun tunggu dan tengok orang lain snorkel je. Dalam bot kau tahulah. Bergoyang-goyang kan sampai bikin saya muntah. Tapi saya telan muntah saya balik sebab macam malu nak muntah depan orang. Eeeee. Tak sedap betul rasa tekak saya masa tu. Huhu.

Lepas semua dah naik bot tu, kitorang terus balik pulau kediaman kitorang. Haha. Apa lagi, dengan rasa tak sabarnya saya ajak orang-orang berkenaan snorkeling kat situ. Yeay saya dah pandai snorkel dah. Hehe. Saya try belajar sorang2 dekat tepi2 dulu sebab Aleya & Ayu dah jauh tinggalkan saya. Tiba-tiba ada sorang Guide tanya saya nak tengok kat tengah-tengah tu ada apa tak. Saya pun cepat-cepat cakap nak. Hihi. So, I just follow him sampai tengah laut walaupun tak adalah tengah sangat.. hihi

Notes : No pictures would be provided in this post. =p

To be continued.....

Redang part 2

By Aisyah Rahim at Thursday, July 07, 2011 2 suka menconteng =)
Lepas dah turun bot, kitorang pun cari tempat untuk lepak2 before check in chalet. We all sampai dekat Redang around 9++ am. Check in start pukul 10 am if am not mistaken lah. Dah bosan-bosan lepak kat situ, me and Ayu pergi cari port best untuk lepak sambil santai-santai. Hehe. But before cari port best nak santai, kitorang tukar lah baju dulu. Takkan nak pakai cantik-cantik kot nak lepak2 kan. Memang best lah tempat kitorang lepak ni. Tak ramai orang sangat. Sangat best, landing atas buaian yang ada di sekitar situ. Heaven okay.

Jalan2 dekat dengan chalet

Nyanyi tau sambil baca :"Di tepi pantai yang indahhhhh..."

Buat2 baring atas benda alah ni.


Bestnya baring2 dalam ni.

Bestnya duduk lepak2 kat sini. Tak nak balik..

Menggedik dengan Ayu.

Sambil baring2 sambil cuci mata. Haha

Sampai sini je dulu ye. Hihi. Kalau rajin, saya update lagi.

To be continued.................

Malas gilaa

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 06, 2011 2 suka menconteng =)
Sejak balik dari Redang ni, malas saya melampau-lampau. Macam mana ni? Adoiiiiii

Redang Part 1

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 06, 2011 2 suka menconteng =)
Hari : Jumaat
Tarikh : 1 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dalam kereta on the way ke tempat kerja

Yeay hari ni hari jumaat da. Can't wait to go to Redang island. Pukul 8 lebih malam ni aleya akan ambil saya & ayu dekat menara TM. Parking dekat menara jugak. Rasa sangat excited.


At TM TTDI, sangat excited untuk ke Redang..
Picture credit to Wiilly

**********************************************************************************

Hari : Jumaat
Tarikh : 1 Julai 2011
Masa : Malam
Tempat : Dalam bus on the way ke Terengganu

Bunyi2 pantai je asyik dekat telinga saya. Hihi. Dah naik bus dalam pukul 10 lebih macam tu saya terus mengantuk. Saya tidur dalam bus dan sedar2 dekat RnR Temerloh kot. Lepak2 jap then naik bus dan saya tidur lagi dalam bus. Mengantuk sangat. Huhu. Dalam pukul 5 lebih pagi kot sampai dekat jeti Merang. Tak berapa ingat, tapi around that time la. Breakfast dekat jeti Merang jugak then tunggu bot nak ke Redang.

After breakfast lepak-lepak kejap before naik bot. Dah ready naik boat, 1 jam jugak dalam bot. Pening okay. Saya tahan je nak muntah dan saya sedar rupa2nya saya ni ada mabuk laut. Dulu tak macam ni pun saya rasa. Hihi
Dalam bus dengan kakak

Muka tahan muntah

Aleya marah saya asyik sebut nak muntah.. Hihi

3 sekawan

On the boat

Yeay dah nak sampai dah. Tak tahan dah nak muntah dan pening2.

Yeay dah sampai dah!!

To be continued........
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare