Say YES to DIET!

By Aisyah Rahim at Wednesday, September 28, 2011 3 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Hai all. Sedar tak sedar dah nak habis raya. Yeay sukanya bila raya dah habis. Kuranglah sedikit majlis yang melibatkan makan-makan. Sejak minggu lepas asyik dipenuhi dengan open house dan majlis hari raya di office. Makin banyaklah saya makan. Memang naiklah berat badan rasanya. Semua makanan yang ada nak disumbatkan dalam mulut. Rasa tak puas bila tak mencuba semua jenis makanan yang dihidangkan. Padahal dulu boleh je tak makan sangat. Sekarang ni ha pelik bebeno asyik mahu makan makan makan dan makan. Boleh dikatakan pantang jumpa makanan lah asyik bernafsu je. Bukan bernafsu apa, bernafsu terhadap makanan. Heeee.

Saya suka bila nak habis raya. Hopefully, saya punya tabiat pemakanan back to the normal. I can't stand like this anymore. Huwaaaa. Hari-hari termengah-mengah sebab perut full aje. Tapi kan, if kita asyik makan makan makan dan makan dengan kadar yang luar biasa dari biasa dalam jangka masa seminggu dua, berat badan kita boleh naik mendadak ke? I always thinking on that and concern too. Arghhh. Yes, I was too obsessed with overweight and really don't know why. Tsk tsk tsk! =( Maybe it was because me looks so chubby previously. Di ejek oleh people around me tu biasalah. Sampai sentap okay. Hish sumpah tak suka. Boleh nangis kot.

Now ni tengah bersemangat nak berdiet semula. Ingat nak start exercise la. Sebab badan dah seriusly berat. Huh! Unloikkkeee! Tapi tak tahulah menjadi ke tak. Hopefully menjadilah azam baru tu sebab selama ni asyik bersemangat nak ke gym tapi tak pernah pun. Semangat je lebih. Bak kata orang, hangat-hangat tahi ayam je. Kahkahkah!

Saya punya aim nak cecah berat as low as 50 or below than that. Amin.. Sekarang sumpah tak tahu berat dah naik ke turun. Tapi rasa macam dah naik. Serius risau. But then some said badan saya tak nampak naik while some said I dah berisi. Ish ish. See, I was too worry on that.

Okaylah, tu je saya nak rambling today.

Xoxo =)



Sebuah harapan

By Aisyah Rahim at Monday, September 26, 2011 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Harapan berasal dari kata harap iaitu keinginan supaya sesuatu terjadi atau suatu yang belum terwujud. Kata orang manusia tanpa harapan adalah manusia yang mati sebelum waktunya. Mungkin kerana harapan adalah sesuatu yang hendak kita capai dan terpampang dimuka. Hampir sama dengan visi walau dalam spektrum sederhana, harapan merupakan ciptaan yang kita buat sebagai sesuatu yang hendak kita capai. Jadi hidup tanpa harapan adalah hidup tanpa visi dan tujuan.


Maka bila manusia yang hidup tanpa harapan pada hakikatnya dia sudah mati. Harapan bukanlah sesuatu yang terucap dimulut saja tetapi juga berangkat dari usaha. Ia adalah kecenderungan batin untuk membuat sebuah rencana aksi, peristiwa, atau sesuatu menjadi lebih baik. Sederhananya, harapan membuat kita berfikir untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk meraih sesuatu yang lebih baik.


Harapan dan rasa optimis juga memberikan kita kekuatan untuk melawan setiap hambatan. Seolah-olah kita selalu mendapatkan jalam keluar untuk setiap masalah. Seolah kita punya kekuatan yang lebih untuk bersiap-sedia menghadapi resiko iaitu disebut sebagai perlawanan. Orang yang hidup tanpa optimisme dan cenderung pasrah pada realiti maka dia cenderung untuk bersikap pasif, Oleh kerana itu, kita dapat mengetahui lebih dalam tentang manusia dan harapan.

 
Dari apa yang saya faham, manusia kadangkala bergantung pada sebuah harapan. Harapan membuatkan seseorang itu sentiasa berharap dengan harapan yang ingin dia ingini. Bila harapan itu tidak dapat dicapai, memang sangatlah sedih seperti harapan hanya tinggal kenangan mungkin.
 
Jangan terlalu meberi harapan kepada orang yang sentiasa berharap padanya. Sakit berharap sangat pedih bila hrapan itu tidak terlaksana. Jangan terlalu meberi janji manis yang palsu yang boleh memberi harapan pada seseorang. Hakikatnya dia langsung tak mahu berharap walhal si pemberi harapan memberi harapan sehinggakan si penunggu harapan sentiasa menunggu. Sia-sia bukan?
 
Ingatlah, jangan sentiasa memberi harapan pada seseorang.
 
Sekian.

Mimpi sedih

By Aisyah Rahim at Monday, September 26, 2011 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Semalam lepas penat-penat sampai rumah, saya terus mandi dan tidur. Ada 2 mimpi pelik semalam. The first dream, I can't remember and not even re-imagine that dream.

But I do remember the second dream. Its about my very lovely one that I have. Sedih gila, ada orang langgar masa parking dekat office, remuk di tepi dan belakang. Sedih lagi bila dalam mimpi tu time tu tak ada gaji lagi. Hadui.

Tadi bila sampai je parking di office, masa dah nak press brake tu saya ingat memang betul la kaki kanan dah ada atas brake, rupanya tertekan minyak dengan lajunya sampai kerta ke depan. Luckily, kereta yang di depan tu jauh adn no cars are coming from left at that time. Tapi trauma kejap la. Takut sangat masa tu. Is that a sign from my dream? Hmm. No one can't explain including me.

HAri ni teringin nak makan meatball IKEA. Anyone? Suddenly I'm craving on it. Huhu.

IKEA's meatball
Okaylah, will update soon and soon.

P/s : If rajin update, rajin gila. If malas update, malas gila. I'm full of laziness.

The Raya

By Aisyah Rahim at Monday, September 26, 2011 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Hai. Hmm. Tak tahu nak start writing macam mana. Hehe. Macam dah tak reti dah. Actually malas nak update blog pun tapi rasa macam nak tulis something dalam truly lovely diary ni. Oklah, I nak share activity during last weekend. Haha. Nmapak sangat tak tahu nak update apa.


Sabtu bersamaan 24 September 2011.

Saya ke Senawang, berkunjung kke rumah seorang officemate di sana. Memang melantak habislah. Sebab semuanya gara-gara swimming last 2 weekends. Lepas swimming hari tu, mode makan saya semakin menjadi-jadi. Mula-mula macam peliklah jugak sebab tak pernah lapar sampai menggigil-gigil. After borak-borak dengan my cousin, dia pun sama asyik makan jugak since after swimming tu. Tapi best even takdelah pandai sangat nak swimming tu kan. Setakat terapung and berenang-renang sikit-sikit tu bolehlah. Hiks. Best kot swimming, lagi best bila tak ada orang sangat kat pool to. Boleh buat macam-macam gaya yang entah apa-apa. Okay, continue balik yang open house tadi, suka sangat melalut. Masa kat Senawang tu, saya makan banyak la jugak sampai perut ni dah tak muat-muat dah. Lepak sana lama jugaklah sampai tak tahu nak buat apa dah. Haha. Gerak dari Senawang pun dah petang sangat dah then terus balik rumah. Tapi memang penat lah but best bila perutku terisi. Dasar makan banyak sekarang.
The Pool

Ahad bersamaan 25 September 2011

Hari Ahad pulak pergi beraya ke rumah bos di Subang. Dekat je, tak jauh pun. Saya bertolak dari bangsar bertiga, saya dengan Niza and Ayu. We all berjanji dengan Tihah dan husband nak tunggu di masjid berhampiran. (Skemanya ayat, hihi). Tengah hari dah sampai, tapi rasanya we all paling awal sampai depan rumah. Untuk mengelakkan rasa segan sebab sampai awal, singgah dulu di masjid buat apa yang patut sebagai hamba Allah. =)

Lepas tu terus menuju ke rumah bos yang memang tak jauh pun dari rumah bos. Saya bedal nasi minyak, nasi kerabu, spageti, roti jala dan tak ingat apa lagi dah. Macam banyak je makan. Tapi rasanya, macam yang tu je kot. Huhu. Tu pun perut dah penuh gila. Dari rumh bos, menuju pulak ke rumah kawan di Puchong. Masa ni dah tak larat nak makan sangat dan tuan rumah tapaukan nasi sikit untuk we all bertiga. Then dari Puchong we all ke Putrajaya kononnya nak lepak-lepak sebab tak nak sampai awal sangat di rumah. Haha. Entah apa-apa je. We all ke Taman Botani, Putrajaya. Unfortunately tak ada camera canggih, yang ada camera handphone je. Sedih sangat, tapi okaylah dari tak ada langsung kan. Huhu. Kami bertiga makan nasi yang ditapaukan tadi, tapi tak habis sangat, yang makan paling banyk is Ayu. Hehe. Saya dah tak larat nak masuk makanan dah dalam perut. Totally full, just rasa-rasa je. Masa kat Taman Botani ni ada a few couples yang buat photoshoot kahwin diorang. Am soooo jelous masa tu. Rasa best je tengok diorang buat photoshoot. Entah bilalah pulak my turn kan. =(

Then singgah kat Masjid Besi, Putrajaya. First time masuk sini. Selalu singgah dekat Masjid Putra je. Then, terus balik rumah, Memang penatlah masa ni. Sampai tak larat da. Tapi lepas sampai rumah, member ambil nak ajak lepak-lepak, tapi saya bagi dia sesat. Sorry sangat-sangat. Maybe sebab penat kot sampai tak boleh nak fikir jalan mana. Huhu. Sampai rumah terus tidur.

Ni ada a few pictures yang di snap. Layaaaaan~


The food

First snap at Taman Botani, Putrajaya

Si Ayu dan si penyibuk at the back

Ayu with her sweet pose

Lepaking while gossiping

Syiok sendiri pose bajet orang lain snap the pict

Ayu with chicken without dancing, I mean chicken dance. Haha

The photoshoot of bride

Me with gediks pose

Me with Niza

Rasanya ni je kot yang boleh saya update setakat ni. TIll then dearests.

Perasaan paling bodoh pernah saya rasa

By Aisyah Rahim at Thursday, September 08, 2011 1 suka menconteng =)
Ye tengok tajuk je dah tau. Sekarang saya rasa sangat bodoh. Bodoh yang teramat-amat bodoh. Sorry to say 'Bodoh' ok. Tapi saya tak tujukan dekat orang lain, tapi pada diri sendiri yang made a wrong action towards somebody. Sigh.

Memang salah saya sendiri pun. Bila emosi tu datang, memang kadang-kadang akan bertindak di luar fikiran saya. Menyesal berbuat demikian semalam. Sumpah menyesal. Selepas kejadian tahun lepas yang menyayat hati tu, saya tek pernah pun merayu ke apa dah. Tapi now rasa macam tu. Salah ke macam tu? Salah ke permintaan saya tu? Saya rasa tak pun pada mulanya. Hanya sekadar rakan yang ingin bertemu seorang rakannya yang lain dan sekarang disalah ertikan. Memang F*** ah.

Sorry berlaku sedikit kurang ajar di entry ini. Saya tak bermaksud pun, cuma tak tahu pada siapa nak diluahkan perasaan malu yang sangat tebal ni. Orang pun tak faham sangat perasaan kita. Kita sendiri yang faham apa yang kita rasa. Apa yang orang lain rasa pun tak sama dengan kita.

Okay, dah. Tu je pun nak update.

Tak lupa juga "Selamat Menyambut Hari Raya & Merdeka, Maaf zahir dan batin". Ye saya tahu ucapan ni sangat lewat. Tapi adakukesah sebab ini blog saya. Huhu


Till then.
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare