Alhamdulillah. Starting a new chapter in my life

By Aisyah Rahim at Wednesday, March 06, 2013 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamduillah.. Segalanya berjalan dengan lancar. Dari merisik, majlis pertunangan, majlis akad nikah, resepsi sebelah pihak perempuan dan juga pihak lelaki. Alhamdulillah. syukur ke hadrat Illahi di atas semuanya Ya Allah.

Sebelum majlis akad nikah dan resepsi banyak perkara yang perlu di post mo term kan. Al maklumlah, dari pandangan umumnya nampak seperti biasa sahaja, namun ada juga yang kurang dan ada yang saya tidak puas hati. Tapi itu akan diceritakan untuk next entry. Sedih memanglah sedih. Tapi redha je. Yang penting semuanya nampak seperti lancar.

Dah nak dekat sebulan baru nak update mengenai majlis ni. Haha. Almaklumlah malas tu tetap ada dalam diri ni. Akad nikah warna peach, resepsi sebelah perempuan warna pink dan resepsi sebelah lelaki warna kuning cair. Resepsi sebelah lelaki selang sehari dengan resepsi sebelah perempuan iaitu keesokan harinya sahaja. Penat yang tak terkata sehingga saya demam selsema. Elok je selesai resepsi sebelah lelaki, demam dan selsema beransur pulih. Yeay.

So, disini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga sebelah mama dan juga abah serta rakan-rakan yang jauh mahupun yang dekat yang telah secara langsung dan tidak lansung berjaya memeriahkan majlis perkahwinan saya dan suami saya. Tidak lupa juga kepada yang mendoakan yang terbaik untuk kami. Terima kasih sekali lagi untuk semua.

As a teaser..

Selepas akad nikah

Outdoor sebelah pihak perempuan

Nanti saya akan update the next story of mine. Cuma tunggu kerajinan seterusnya datang.


Babai
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare