Selamat Hari Ulang Tahun Husband

By Aisyah Rahim at Friday, April 24, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t

Hai korang.... Ni cerita seminggu lebih yang lepas. Hehe. Alkisahnyerrr aku lupa 11 April adalah birthday suamiku yang terchenta ni. Serius tahun ni memang tak hingat sebab sibuk dan penat kot. Sibuk dengan macam-macam. Over taw!!! Tapi uolls yang tak tahu tu senyap jelah eh, percaye jelah yang aku nih memang sibok. Tak yah lah dok nak mengate kat belakang.... Tak baik...

Husband aku ni weekend memang dia bizi dengan kelas sebab sekarang dia tengah further master (Bukan nak menunjuk ok). Just nak bagitahu kenapa asyik takde time weekend. Haaaa gittew. Kang ade lak yang salah faham pulak kan ingat aku nak menunjuk.

Bangun je pagi tu husband aku dah bagitahu yang dia nak kek walhal isteri kesayangan dia ni memang lupa then memang tak terhiraukan lah sebabnya minggu sebelumnya husband aku ni baru balik dari Sarawak, so dia memang belikan kek lapis sarawak lah. Aku pulak bila dia cakap nak kek tu memang aku ingat dia nak kek lapis tu lah kan. Hehehe. Ape daaaa punya bini. Dah pulak waktu dia cakap tu aku tengah sibuk siapkan breakfast sebelum dia ke kelas dia tuh. Memang dalam hati tu kejap-kejap lagilah aku potong, takpun kalau nak cepat sila ambil sendiri. Haaaa.... Last-last dia tengok bini dia macam betul-betul tak ingat, dia terus announce lah yang haritu birthday dia. Aduhai... Kesian kat suami kitew tau dapat bini yang super pelupa. Tak patut tak patut..... Dan-dan tu jugak terus wish Happy Birthday Abang... I Love Youuuu So Muchh.... Maafkan daku sebab terlupa... Muah ciked..Mihmihmih =p

Lepas dia pegi kelas tu, aku terus wish jugak kat dalam FB. Hahaha Over kan. Nak jugak Up kat FB wish birthday husband kite.

Petang tu adik aku pulak surprise nak belikan kek untuk abang ipar dia nih. Adik ipar kesayangan katanya. So bermulalah episod nak surprisekan husband aku nih. Oklah nak taip husband panjang sangat, aku ringkaskan jadik Mr R je. So, bila Mr R balik je rumah, konon nak suruh dia pi mandi cepat-cepat sebab konon nak siap-siapkan kek time dia mandi then lepas dia keluar tu terus boleh surprisekan dia. Dia yang memang pelik dengan sikap aku tu pun sound aku apesal asyik nak suruh mandi jer. Agenda la sangat kan. Kaaannnnn.

Dah dia tanak mandi takpe. Biar je dia makan dulu, lepas je makan dia terus duduk depan TV. So aku kat dapur pun konon terus siapkan kek secara senyap2. Letak lilin, nyalakan lilin bla bla bla..Hahaha lawak bila dipikir-pikirkan. Dah siap terus bawa kek ke depan then terus kami ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday kat dia. Muka macam terkejut lah jugak. Heehe..

Apepun layaaaan jelah gambar nih haaa. Penat dah nak taip. Layaaaannnzzzzz......

Muka memang excited dapat kek

Dari dulu memang tak reti nak tengok kamera

Haaaa.. Baru reti lepas penat suruh tengok kamera.

Ok tu je kisah birthday Mr R kite.

Selamat Hari Kelahiran serta hari peningkatan usia buat abang...
Semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan bahagia dengan sayang di alam rumah tangga kita... Insya Allah...
I Love You till Jannah.....



Dia yang ku mahu

By Aisyah Rahim at Wednesday, April 08, 2015 0 suka menconteng =)
Oh saya rindu dia....
Dia kekasih halalku....
Cepatlah pulang ke pangkuanku.....






SeQy Beauty @ Sid.co

By Aisyah Rahim at Wednesday, April 08, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t;

Hai Uolls! Pejam celik pejam celik dah hari Rabu. Macam cepat sangat masa berlalu. Hehe. Makin rasa cepat masa berlalu rasa macam makin malas. Aduh!! Kenapakah???

Malas yang takyah cakaplah. Malah mahu berbuat apa-apa!. Ngehehehe... Rasa macam nak relaks-relaks jer. Tak nak buat apa langsung! Boleh ke cenggitu?? Kalau boleh laju jer kite nak balik rumah dok lepak lepak je kat rumah. Haha. Masalahnya memang tak boleh dong! Dushhh!!

Ok dah jangan malas! Sila wake up! Bangun lihat cermin.. Hehe Cantik jugak kan aku ni (Perahsan jap)?? Biasalah perempuan..... Feeling mau kasi lebih lah. Haha

Ok dah dah. Aisya sila jangan melalut! Tajuk dah lari nih! Cepat bagitahu orang-orang semua yang SeQy Beauty dah berada di Sid.co tau selain dari kite dah park SeQy Beauty di Mik'yal nun di Bertam sana.... Cepatlah ke sana!

Jommm ke Sid.co di TTDI Grove Kajang! Selain SeQy Beauty, macam-macam lagi yang ada di sana. Moh ler bawak sedara mara, kengkawan suami dan anak-anak ke sana yok!

Uolls yang berada di sekitar Kajang bolehla ke :
58-2, TTDI Grove Kajang. (Atas Poliklinik TTDI Grove Kajang)
Kalau tak tahu boleh refer IG @sid.co

SeQy Beauty di Sid.co

Budak bambam yang perasan cantik dengan SeQy Beauty

Ok daaaaa.... Babai

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare