Bila hubby cuti sem

By Aisyah Rahim at Wednesday, August 19, 2015
Assalamualaikum w.b.t,

Untuk pengetahuan korang, husband aku masih belajar PJJ. So sekarang ni beliau tengah bercuti. Cuti sem katanya. Hehe so adalah aktiviti berfaedah untuk kami sekeluarga.

Pagi-pagi tu buat bekal Ibrah then sesiap pegi hospital ada check up Ibrah di Ampang Puteri. Sebulan sekali macam wajib ke sini.

Dah lepas ke hospital, hubby ajak ke kedai makan sedara sebelah arwah ayah hubby. Rasanya sepupu hubby aku. Almaklumlah aku muda 5 tahun dari suami aku, so sepupu hubby haruslah tua sikit dari dia. Hubby aku pun anak bongsu dari 5 beradik, so banyangkanlah berapa umur sepupu-sepupu dia kan. Tak reti den nak cerita. Hehe

Kedai makan sepupu hubby aku di Bukit Changgang, Kuala Langat. Berhampiran dengan kilang kertas dan power plant. Nama kedai dia Mai Chek Mai. Dekat je dengan trafik light kat situ.

Laksa Utagha

Nyum-nyum sedappp

Mai Chek Mai

Hubby dengan anak kazen beliau. Dah nampak sama usia jer kan.

Budak tecit yang ngengada harini

Setel gi jalan ke sana. Alhamdulillah sampai juga aku ke sana. Hubby aku jarang ada kesempatan nak bawa aku ke rumah sedara  sebelah arwah ayah beliau. So bila dapat pergi rasa best.

Lepas tu hubby kata jom pergi jalan Bagan Lalang. Dah dekat katanya. Kekunun nak bawak parents aku mai sini hujung bulan ni. Kebetulan parents aku nak mai hantar adik aku kat MFI. So dengan besar hatinya hubby cakap jom survey dulu tempat sambil makan angin di tepi pantai. Sampai kat Bagan Lalang dalam pukul 4 lebih camtu. Panas sikit-sikit. Nak tunggu lama tak larat sebab mengantuk yang amat siap tido dalam kereta. Tak boleh blah. Haha

Budak tecit penat main dalam kereta

Sayang dia

Ummi nak posing jap ye

Baba mesti failed bab posing

Eskrem durian. Musang king. RM5. Rasa durian sangat-sangat. Sedap!

Ada orang jual manggis, beli manggis sebab hubby teringin

Budak tecit lepak tepi pantai

Layan jelaaa

Ummi selfie tepi pantai

Air baru nak pasang

Disebabkan cuaca sedikit panas, kami menghadap sebelah kedai-kedai. Haha

Dah tak banyak kedai

Ramai jugak yang jalan-jalan kat sini

Merangkak je kejenya. Tapi bila sampai terkena pasir dia pandai stop sebab geli-geli kot. Haha

Lepas Gold Coast tu ada lagi pantai ye. Kat sini ramai orang mandi manda.

Happening kat sini

Ada Go Cart. Tapi tak main pun. Lalu je

Tengok orang main Go Cart

Bagan Lalang Beach

Budak tecit yang suka main dalam kereta

Yeah ummi selfie lagi
Dah jom balik! Penat sangat! malam relaks jer kat rumah...


0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare