Khasiat Kurma Cina

By Aisyah Rahim at Tuesday, August 04, 2015
Assalamualaikum w.b.t

Haritu ada beli kurma cina dekta kedai dekat rumah aku. Sebab masa dalam pantang ada petua untuk minum air kurma cina ni. Memang aku minum air kurma cina ni. Sedap ye.

So dah beli aku pun rebus, sebab masih teringat lagi kesegaran badan bila minum air ni. So rebus dan minum panas-panas.

Sebelum rebus tu basuh atau bilas sehingga bersih tau. Jangan terus rebus pulak. Kang minum benda tak bersih. Yang nak masuk ni kat perut kita jugak ye.

Kurma cina direbus

Air rebusan kurma cina

Kalau korang nak tahu khasiat kurma cina ni adalah seperti kat bawah niye:

  • Menjaga kesihatan tulang dan gigi

Buah kurma bermanfaat untuk memperkuat tulang, mencegah osteoporosis, dan memperkuat gigi. Hal ini  kerana buah kurma mengandung mineral, selenium, mangan, magnesium, dan tembaga yang merupakan bahagian penting dari pertumbuhan tulang yang sihat dan gigi kuat. Buah kurma sangat baik untuk diambil oleh  mereka yang sudah memiliki pengeroposan tulangwalaupun masih muda.
  • Mengurangi reaksi alergi

Buah kurma dapat mengurangi reaksi alergi.
  • Proses pembekuan darah

Buah kurma dapat bermanfaat dalam proses pembekuan darah. Hal ini kerana buah kurma kaya akan kandungan vitamin K dan vitamin B-kompleks. Vitamin B-kompleks seperti vitamin B-6 (piridoksin), niacin, asam pantotenat dan riboflavin. Vitamin ini membantu tubuh dalam mengatur metabolisme karbohidrat, lemak, dan juga protein.
  • Baik untuk saraf dan otak

Buah kurma mengandung nutrisi dan vitamin yang terbaik bagi kesihatan dan fungsi saraf. Kalium yang terkandung dalam buah kurma merupakan bahan untuk meningkatkan sistem saraf yang lebih responsif dan sihat. Aktiviti otak dapat meningkat, dapat lebih berpikir cepat, dan menjaga tetap fokus dalam menghadapi suatu masalah.
  • Mengatasi anemia

Penyakit anemia disebabkan karena kekurangan zat besi. Zat besi menjadi suatu komponen hemoglobin dalam sel darah merah dan menentukan kapasiti oksigen pembawa darah. Buah kurma mengandung zat besi kerana sebanyak 0,90 milligram atau 100 gram per buah kurma 
  • Mencegah strok

Kurma juga dapat bermanfaat untuk mencegah strok. Hal ini disebabkan kurma dapat menghilangkan sebagian kolesterol jahat yang dapat menyebabkan strok. 
  • Mencegah sakit jantung 

Kalium yang terkandung dalam kurma merupakan komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu untuk mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah.
  • Melancarkan buang air

Sebagai makanan laksatif (laxative food), kurma dapat bermanfaat untuk melancarkan pembuangan air besar dan mencegah konstipasi. Selain itu, kandungan dalam kurma juga bermanfaat untuk memlancar saluran pembuangan air kecil dan mencegah penyakit kencing batu serta prostat.
  • Menjaga keshatan mata

Buah kurma kaya akan kandungan vitamin A. Vitamin A merupakan vitamin yang menjaga kesihatan mata karena mengandung anti oksidan. Vitamin A juga dapat memelihara kelembapan dan menguatkan penglihatan mata.
  • Tenaga

Inilah alasan mengapa dianjurkan berbuka puasa dengan buah kurma. Hal ini kerana kurma kaya akan kandungan glukosa, fruktosa, dan sukrosa. Kurma dapat menjadi makanan ringan, terutama ketika sedang merasa lesu.
  • Mengatasi sembelit

Kurma mengandung serat yang tinggi. Serat tinggi tersebut juga terdapat pada makanan lainnya, seperti oatmeal. Serat tinggi bermanfaat untuk membantu proses pencarnaan agar lebih lancar. Cara menggunakan kurma sebagai obat sembelit, pertama rendam kurma semalaman dengan air matang. Pada waktu paginya makan kurma hasil rendaman tersebut. Meminum air bekas rendamannya juga bermanfaat untuk mengatasi sembelit.
Kredit dari http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-buah-kurma.html


0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare