Pot pet pot pet

By Aisyah Rahim at Thursday, August 13, 2015
Assalamualaikum w.b.t,

Selamat Khamis. Rasa macam nak membebel-bebel pagi ni. Tapi tak tahu nak membebel pasal apa. Haha.

So meh nak pot pet pasal kisah semalam. Pagi semalam time hantar Ibrah dekat nursery dia tu. Aku ni jenis bila turun dari kereta mesti tengok-tengok dulu kat kereta. Biasalah aku ni jenis kalau ada yang tak kena kat kereta mesti macam cepat je terperasan.

Kebetulan semalam turun-turun je dari kereta nampak kemek yang macam ke dalam sikit dekat tepi tempat isi minyak tu. Mula lah angin kemarahan aku laju je merasuk, Bukan apa, sebab sebelum ni dah ada 2 tanda tau dekat area berdekatan pintu dekat atas dan bawah. Aku boleh tahan lagi sebab takdelah teruk sangat. Tapi yang tanda baru ni agak teruk sikit dengan ada lubang ke dalam sikit dan ada macam warna coklat-coklat (Tak reti nak describe).

Aku macam suspek jiran parking kereta dekat rumah aku. Sebab dia contractor yang selalu parking lori sebelah kereta aku (kotak parking kereta kami bersebelahan). Tapi dia kadang-kadang parking lori kat kotak parking dia. So kemungkinan besar time dia angkat-angkat barang. Tapi aku memang anginlah sebab aku rasa semua tanda kat kereta aku tu sebab dia. Banyaklah sebab kenapa aku syak dia. Malas nak cite. Ini sebab kecuaian dia je. Jangan salah paham ok.

So, pagi semalam memang pergi keje dalam keadaan bengang. Husband aku pulak pujuk nak betulkan kereta siap cat sekali bagai. Baik betul hati husband aku. Ni sayang lebih. Hehe

Takpelah, semoga si pembuat onar tu mendapat balasan yang setimpal. Petang semalam terus pergi kedai member husband aku untuk tahu bajet yang perlu dan nak tahu berapa lama boleh siap. Jumlah yang dikenakan masih dalam bajet husband aku. Husband aku kata agak murah lah jika dibandingkan dengan kedai lain.

Nanti aku share kedai tu. Tapi kedai tu opposite dengan Tesco Ampang. Dah 2 kali kereta aku pernah masuk workshop dia. Alhamdulillah berpuas hati. Ownernya melayu. =)

Ok lega dah bebel dan pot pet.

Bye




0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare