Potluck Raya Geng Matrik

By Aisyah Rahim at Monday, August 10, 2015
Assalamualaikum w.b.t

Hari Ahad semalam, eh betul la kan. Hari ni Isnin, so semalam hari Ahad kami geng-geng Matrik Gambang tahun berapa eh tak hingat. Maybe 2005/06 kot plan nak buat potluck raya. Kami yang still keep in touch tak berapa ramai but still meriah jugak. Actually ramai cuma yang rapat yang nilah.

So, plan sape nak bawak ini sape nak bawa itu la kan. Dah ke namanya potluck. So memasing pun pikirlah apa yang nak di bawa. So aku just bawa sayur campur dimana gambarnya lupa nak snap. Maafkan daku. Tapi aku rasa first time sayur campur aku nampak menarik bangat!. Haha

Venue potluck kami di rumah Wan. Layaan je dia kami plan nak buat  kat sana. Yelah, asyik-asyik kat rumah aku je kan. Kang bosan lak orang nak datang. Dah lah rumah aku apartment, parkingnya susah sikitlah kalau ramai-ramai nak datang. Dorang kena gigih nak cari parking lak kan. So better rumah wan, selesa sebab rumah atas tanah. Boleh parking depan rumah sesuka hati. Oyeahhh I loikkeee

So inilah agenda & senarai potluck sepatutnya~

Potluck Raya a new beginning
Date : 09.08.2015 -ahad
Venue : umah wan sg sikamat
Time : 11.00 am
Menu:
1. Nasi putih - wan
2. Ayam masak merah - wan
3. Sayur campur - aisyah rahim
4. Nasi himpit & kuah kacang - sue
5. Kek birthday - aisyah rasid
7. Krim puff - zafirah
8. Kueh teow goreng kerang- mak wan
9. Ketupat - dinz tq #muahciked
10. Jenab nk join esok blh lg ke?😁

Nak dijadikan cerita, aku lupa nak tengok pukul berapa sepatutnya kena kumpul kat rumah wan. So pepagi tu husband aku gigih pegi pasar kat rumah beli sayur-sayuran untuk dimasak. Lepas aku prepare semua bahan, relaks jap. Suap Ibrah makan bubur pastu iron baju. Dalam pukul 11 pagi start masak sayur. Nasib sayur campur je uolls. Campak-campak je then siap! Haha senang bangat. Berlagak tak hingat.

Tetiba dah lepas masak dalm pukul 11.30 pagi camtu Jenab whassap tanya kat mana. Dah kenapa awalnya di tanya. Rupanya dia dah sampai dan paling awal sampai ok. Aku memula pelik. Baca lagi, rupanya patut kumpul pukul 11 pagi. 11 pagi kelauttt....

Terus aku lelaju je mandi siap-siap then terus keluar rumah. Sampai-sampai sana rupanya aku tetamu kedua. Oklah lagi kan then Pudin datang, tak lama pulak zafirah pulak. Tunggu punya tunggu Aisyah sengal tak dapat datang awal ada hal. So kami layan makan dulu.

Sue pulak tak dapat join juga sebab atuk sebelah suami beliau meninggal. Al Fatihah (Baca betul-betul)...

Yang bestnya macam-macam ada. Dari alas perut, lunch dan desert. Lengkap sangat. Perut aku pun happy. Hihihi sampai baju sendat. =(

Dah sekarang jom layan gambar kitorang.

Alas perut

Hubby I yang asyik kebeno dengan henfon beliau

1,2,3... Tak jadi... 


One moreeeee


Friendship forever

Gambar skema weolls

Happy Birthday Aisyah Rasid aka Aisyah Sengal

Birthday Girl tsampai selepas yang lain dah balik

Masa paskan tupperware aku, sempat wefie lagi tuh
Haha.. Best sangat. Inilah kisah kami. Well this is friendship. Friendship forever.

Inilah cerita potluck raya kami.

P/s: Mesti cari Ibrah tak jumpa dalam gambar kan, time ni Ibrah tumpang bilik Uncle Wan untuk tidur. Kemain Ibrah ye....


0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare